Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Maut Dipukul, Mayat Dibungkus Sebelum Disumbat Dalam Kolah

Seorang lelaki warga Rohingya maut dipukul di Taman Loke Poh Seng, Jalan Kampung Sungai Baru pada 28 Januari lalu selepas didakwa mencuri wang lebih RM40,000 serta barang kemas milik majikannya.

Lelaki maut dipukul, mayat dibungkus

mayat dibungkus

Foto hiasan

Menurut laporan Kosmo! Online, mangsa yang berusia 20-an dikatakan turut dibungkus dengan kain cadar sebelum dimasukkan ke dalam kolah serta ditimbus tanah.

mayat dibungkus

Foto: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan jam 10.30 malam, pada hari kejadian daripada seorang wanita yang memaklumkan suaminya ditemui mati di dalam rumah.

Mayat dibungkus kerana dituduh mencuri

Mangsa yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak itu telah menetap bersama majikannya di taman perumahan berkenaan sejak empat bulan lalu.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan majikan si mati menuduhnya mencuri wang tunai sebanyak RM40,150, seutas rantai emas dan sebentuk subang hidung pada 4 Januari lalu di rumah tersebut.

Laporan polis berkaitan kejadian kecurian itu turut dibuat oleh pihak majikan dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Seorang Maut, Polis Rakam Keterangan 82 Individu Kes Pukul Banduan Penjara Taiping

Wan Azharuddin menjelaskan bahawa mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk bedah siasat.

Kesemua suspek yang ditahan, termasuk majikan si mati serta enam lelaki etnik Rohingya akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Sungai Petani hari ini.

Sumber: Kosmo! Online (Othman Yahaya)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd