Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Ditembak Depan Bengkel, Mangsa Miliki Rekod Jenayah

Seorang lelaki maut ditembak di hadapan sebuah bengkel di Jalan Hutan Kuin, Machang, Kota Bharu kira-kira pada 5.30 petang, semalam.

Melalui laporan awal, mangsa yang berusia 37 tahun meninggal dunia di tempat duduk pemandu sebuah trak pikap jenis Mitsubishi Triton itu mempunyai rekod masa lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Menurut Harian Metro, Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata siasatan awal mendapati suspek kejadian tersebut merupakan dua orang lelaki yang tidak dikenali dan menaiki kereta jenis Honda berwarna putih.

“Berdasarkan maklumat awal, suspek adalah dua lelaki yang tidak dikenali menaiki sebuah kereta Honda berwarna putih melepaskan beberapa das tembakan dari jarak dekat ke arah pemandu yang berada di dalam pacuan empat roda.

“Mangsa yang berada di bahagian pemandu meninggal dunia di lokasi kejadian dan motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Saksi kejadian, Mohd. Zulkarnain Abdullah, 27, berkata dia menyedari kejadian itu selepas terdengar tiga das tembakan secara berturut-turut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia bergegas keluar dan mendapati dua buah kereta memecut laju selepas bunyi tembakan tersebut sebelum melihat ke dalam Mitsubishi Triton itu dan mendapati terdapat seorang lelaki berlumuran darah dan tidak sedarkan diri.

Menurut Zulkarnain, orang awam yang turut menyedari kejadian tersebut terus menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Muhamad Zaki berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Machang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dimaklumkan, mangsa yang juga merupakan seorang peniaga tinggal di Pasir Puteh dan telah datang ke Machang untuk membeli alat ganti kenderaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Nor Fazlina Abdul Rahim), Kosmo (Muhammad Aiman Ghaffa)

Anis Rabiatul
Written By

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan telah bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang berlaku pada masa akan datang berhubung pandemik baharu termasuk ancaman penyakit...

Sosial

Seluruh rakyat Malaysia masih berasa hiba dengan pemergian anjing pengesan milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dikenali sebagai Blake yang pernah diangkat menjadi ‘hero’ tragedi Batang...

Spotlight

Pemain bola sepak terkenal dunia, Neymar dipercayai kantoi berlaku curang dengan teman wanitanya yang sarat hamil apabila tular video dirinya sedang berparti di sebuah...

Sukan

Perlawanan antara Selangor FC dan Terengganu FC semalam berakhir dengan layangan kad merah daripada pengadil kepada pemain pertahanan import Selangor FC, Yazan Al-Arab. Memetik...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM.