Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Didakwa Lakukan Hubungan Luar Tabii, 10 Pertuduhan Perkosa Remaja Bawah Umur

Seorang lelaki mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan merogol serta melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap remaja perempuan bawah umur di Kepala Batas, Pulau Pinang, pada 3 hingga 12 Mei lalu.

Memetik laporan Harian Metro, tertuduh yang juga seorang pesawah itu membuat pengakuan tersebut setelah Hakim Zulhazmi Abdullah mendengar segala pertuduhan yang dibacakan di hadapannya di mahkamah hari ini.

Foto: Harian Metro

Difahamkan, lelaki berusia 28 tahun ini didakwa atas kesalahan melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii sekali gus merogol seorang remaja perempuan yang berusia 15 tahun di dalam bilik tidur sekitar jam satu hingga 1.30 pagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam itu akan didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan bagi kesalahan merogol manakala Seksyen 377(c) Kanun Keseksaan atas tindakan melakukan persetubuhan luar tabii.

 

Foto: Malaysia Gazette

Memandangkan mangsa merupakan anak jiran kepada tertuduh, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak tidak membenarkan suspek untuk diikat jamin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan itu, pihak mahkamah juga telah menetapkan tarikh 27 Jun bagi sebutan semula kes untuk laporan perubatan dan dokumen sekali gus tidak membenarkan individu terbabit diikat jamin.

Sumber: Harian Metro (Nur Izzati Mohamad)

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd