Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Lelaki Dakwa Ditampar Anggota Polis Di Stesen Minyak Tampil Buat Laporan

Seorang lelaki tempatan tampil membuat laporan polis selepas mendakwa dirinya ditampar oleh seorang anggota polis ketika ditahan untuk pemeriksaan di sebuah stesen minyak di kawasan Taman Perling, Johor Bahru, Ahad lalu.

Dakwa ditampar anggota polis

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner (ACP) Radin Ramlan Radin Taha berkata, laporan tersebut dibuat oleh lelaki berusia 21 tahun itu, petang semalam.

Menurutnya, kejadian itu dikesan susulan penularan satu video di media sosial yang dimuat naik di laman Facebook oleh pemilik akaun Komuniti Johor sebelum ia menjadi tular.

“Pengadu mendakwa telah ditampar oleh seorang anggota polis ketika ditahan untuk pemeriksaan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara bagi pemeriksaan lanjut terhadap motosikal miliknya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Radin Ramlan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan yang membawa hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Tular Video Penunggang Motosikal Kena Tampar Di Stesen Minyak, Polis Buka Kertas Siasatan

dakwa ditampar anggota polis

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan dan memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara telus, adil serta berintegriti.

“Kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini amat dialu-alukan bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Terdahulu, hasil siasatan mendapati pelaku berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara, namun difahamkan anggota tersebut sedang bercuti ketika insiden itu berlaku.

Sumber: Facebook Polis Daerah Johor Bahru Utara

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang pekerja FamilyMart yang didakwa menyimbah sup ke arah seorang penghantar makanan telah digantung tugas sementara menunggu siasatan dalaman dijalankan oleh pihak syarikat. Syarikat...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Sosial

Seorang pemandu e-hailing menjadi perhatian ramai selepas berkongsi pengalaman berdepan situasi tegang melibatkan seorang pelanggan hanya disebabkan isu baki wang tambang sebanyak RM7. Pemandu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd