Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Lelaki Berjaya Turun 26KG Selepas Makan McDonald Selama 100 Hari

Seorang lelaki dari Amerika Syarikat mendakwa dia telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 26 kilogram dengan mengambil makanan segera di restoran McDonalds selama 100 hari.

Menerusi laporan The Guardian, lelaki yang dikenali sebagai Kevin Maginnis, 57, telah mendedahkan pengalamannya sepanjang menurunkan berat badan dengan memakan tiga jenis hidangan dari McDonalds.

Jelasnya, dia akan makan separuh daripada hidangan yang dipesan bagi mengawal pengambilan kalori demi melaksanakan eksperimennya itu selama 100 hari.

Bukan itu sahaja, dia turut memberitahu tidak pernah berasa jemu dengan memakan Big Mac, kentang goreng, cucur epal dan makanan lain memandangkan hanya menikmati makanan tersebut dalam kuantiti yang kecil.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, menerusi temu bual yang berasingan bersama NBC, Maginnis menjelaskan bagaimana dia mengelakkan makan pada waktu tertentu dengan hanya meminum air kosong sahaja.

Hasil usahanya itu, dia telah berjaya menurunkan sebanyak 26.5 kilogram bahkan risiko kolestrol, tekanan darah dan risiko serangan jantungnya bertambah baik.

Sumber: The Guardian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Bisnes

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mencatat prestasi berdaya tahan bagi tempoh kumulatif suku kedua tahun kewangan 2026 (S2 TK2026), dengan hasil takaful...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd