Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Bangladesh Pakai Kemeja-T Berlogo Polis Tiada Kaitan Dengan Penugasan Rasmi PDRM

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal menegaskan kemeja-T tertera logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan nama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya yang di pakai lelaki dipercayai warga Bangladesh tiada kaitan dengan penugasan rasmi.

Menerusi satu kenyataan di Facebook IPD Barat Daya, Kamarul Rizal berkata hasil siasatan mendapati kemeja-T berkenaan dicetak pada 2016 untuk kegunaan aktiviti sosial seperti senaman dan gotong-royong.

Lelaki Bangladesh pakai kemeja-T Polis tiada kaitan dengan penugasan PRDM

Lelaki Bangladesh Pakai Kemeja-T Polis

“Pihak polis telah mengesan video berdurasi 19 saat dimuat naik di TikTok memaparkan seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh memakai kemeja-T tertera tulisan ‘IPD Barat Daya’ dan berlogo ‘PDRM’.
“Untuk makluman, kemeja-T tersebut dibuat sekitar 2016. Tujuan penggunaan kemeja-T ini adalah untuk aktiviti sosial seperti senaman, gotong-royong dan sebagainya.

Lelaki Bangladesh Pakai Kemeja-T Polis

“Sebarang penggunaan kemeja-T berkenaan tidak ada kena mengena dengan penugasan rasmi PDRM di Barat Daya,” katanya.

Artikel lain: Tinjau Operasi, KSN Arah JPJ Tambah Baik Perkhidmatan Pelanggan

Sehubungan itu, Kamarul Rizal menasihati orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video tular tersebut dan pihaknya juga telah mengambil maklum isu tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
@muhammad.firdaus025

Bangla bukan biasa2 . #1malaysia #fypシ #fypシ゚viral #bangladesh #gama #penang

♬ original sound – Muhammad Firdaus – Muhammad Firdaus

Sebelum ini, tular di aplikasi TikTok satu video memaparkan seorang lelaki yang didakwa warga Bangladesh memakai kemeja-T tertera logo PDRM serta IPD Barat Daya.

Sumber: Facebook IPD Barat Daya, TikTok muhammad.firdaus025

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita meluahkan rasa sedih apabila mengetahui suaminya bernikah kali kedua dengan wanita lain ketika sarat hamil tujuh bulan. Menerusi perkongsian yang dimuat naik...

Lokal

Dua lelaki dipercayai berasal dari Sibu, Sarawak maut selepas ditembak sekumpulan suspek bersenjata dalam satu kejadian mengejut di hadapan lobi sebuah kompleks beli-belah di...

Lokal

Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan ditemukan maut selepas dipercayai tertindih lengan bapanya yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Kampung Perigi Hang Tuah,...

Lokal

Seorang lelaki berusia 60 tahun direman selama empat hari bermula 16 Jun sehingga 19 Jun bagi membantu siasatan kes penipuan pakej haji yang didakwa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd