Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Bakar Kedai, Kecewa Cinta Ditolak Isteri Orang

Seorang lelaki tergamak membakar sebuah kedai yang terletak di Jalan Besar Langkap, Teluk Intan, Perak, semalam.

Memetik laporan Kosmo! Online, lelaki berkenaan nekad menyimbah petrol dan membakar kedai yang menjadi sumber rezeki seorang wanita berstatus isteri orang selepas cintanya ditolak mentah-mentah.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, suspek berusia 54 tahun itu dikatakan sering datang ke kedai berkenaan untuk memikat hati wanita terbabit.

Bagaimanapun, hasrat  suspek tidak kesampaian apabila cintanya ditolak secara baik ekoran wanita tersebut telah pun berkahwin dan mempunyai tiga orang anak.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sebelum kejadian kebakaran itu, kita ada menerima laporan daripada mangsa berkaitan seorang lelaki datang ke kedai dan mengamuk sekitar jam 2.30 petang.
“Menurut wanita berusia 46 tahun itu, suspek turut mengeluarkan kata-kata lucah dan mencederakannya selain mengugut untuk membakarnya dan tempat dia bekerja,”ujarnya dalam kenyataan.

Tambah beliau, suspek membakar kedai yang juga milik adik wanita itu ketika mangsa sedang berada di Balai Polis Langkap bagi membuat laporan.

Katanya, menurut saksi di tempat kejadian, mereka melihat suspek datang menyimbah petrol sebelum membakar kedai tersebut.

Pihak polis berjaya menahan suspek yang juga dalam keadaan mabuk dipercayai di bawah pengaruh alkohol.

“Tindakan pantas pihak polis telah berjaya menahan suspek. Semasa tangkapan dijalankan, suspek mengalami kecederaan melecur di bahagian muka, tangan dan kaki .
” Suspek telah dimasukkan ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan susulan,” katanya.

Suspek yang tidak bekerja kini ditahan reman selama lima hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 435/323 Kanun Keseksaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo! Online (Asliza Musa), FB search

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan kononnya beliau ‘mencium pipi’ isteri Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. iaitu Louise Araneta-Marcos ketika menghadiri satu...

Sosial

Seorang wanita menjadi sebutan di media sosial selepas satu hantaran di Facebook miliknya mencetuskan perhatian ramai. Dalam perkongsian tersebut, wanita berkenaan dilihat menyiarkan semula...

Sosial

Kegembiraan seorang pensyarah kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang baru diraikan atas pencapaiannya menerima Anugerah Mualaf 2025 bertukar pilu apabila beliau meninggal dunia hanya...

Lokal

Polis tidak menolak kemungkinan insiden seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera dikelar di leher di Batu Pahat, baru-baru ini mempunyai kaitan dengan pengaruh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd