Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Lee Zii Jia Tetap Dengan Pendirian, Tak Mahu Gunakan Khidmat Jurulatih

Pemain perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia mendedahkan dia tetap dengan pendiriannya untuk tidak menggunakan khidmat jurulatih meskipun tewas di pusingan pertama Terbuka Malaysia 2023, semalam.

Difahamkan, Lee Zii Jia telah tumpas di tangan emain dari Jepun iaitu Kodai Naraoka dengan pungutan mata 21-13, 17-21, 19-21 pada aksi di Arena Axiata Bukit Jalil.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, ini adalah jalan yang saya pilih dan saya perlu terima dan tanggung. Mati pun matilah…saya tidak akan menyesal,” katanya.

Bukan itu sahaja, Lee Zii Jia kini hanya menerima bantuan daripada seorang pemain profesional, Lie Daren, fisioterapi, Sandra Fiedler serta jurulatih kecergasan, Lim Joe Heang.

Akur dengan kekalahan yang diterimanya semalam, pemain nombor dua dunia itu berjanji akan kembali bangkit untuk beraksi di Terbuka India yang bermula dari 17 hingga 22 Januari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya perlu cuba lupakan apa yang berlaku hari ini (semalam) dan terus bekerja keras. Masih banyak lagi kejohanan lain selepas ini dan saya akan cuba menghasilkan keputusan lebih baik,” ujarnya lagi.

Sumber: Berita Harian (Helmi Talkah)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd