Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Lee Zii Jia Terkilan Gagal Tunjuk Persembahan Terbaik, Hanya Bergelar Naib Juara Masters Malaysia

Atlet badminton negara, Lee Zii Jia tidak berpuas hati dengan mutu persembahan dalam Kejohanan Badminton Masters Malaysia selepas tunduk 6-21, 22-20, 13-21 kepada Viktor Axelsen di Axiata Arena, semalam.

Memetik laporan Astro Awani, Zii Jia merasakan dirinya kurang cergas menuju perlawanan akhir ini memandangkan perlu beraksi perlawanan ke-10 dalam tempoh dua minggu, tetapi ia tidak menghalangnya untuk bersaing sepanjang 63 minit berdepan pemain nombor satu dunia itu

Foto: Harian Metro

“Ini merupakan satu pengalaman berharga buat saya sepanjang dua minggu ini untuk berdepan pelbagai jenis pemain.
“Saya menimba banyak ilmu, harap-harap saya dapat gunakan pengalaman ini dalam kejohanan akan datang dan menuju Sukan Olimpik Paris.
“Saya masih belum berpuas hati dengan tahap keseluruhan persembahan sendiri hari ini, saya patut beraksi lebih baik,” katanya.

Foto: Astro Awani

Advertisement. Scroll to continue reading.
Menurutnya, dia perlu terima keputusan ini kerana walaupun cergas sepenuhnya, dia masih belum pasti mampu mengalahkan pemain berpengalaman sepertinya.
Dalam pada itu, Lee memberitahu dirinya masih mencari rentak terbaik demi mempamerkan peningkatan rentak yang lebih baik dari sebelum ini.
Sementara itu, Juara Terbuka Thailand itu bagaimanapun mengakui belum pasti untuk menarik diri dari menyertai Terbuka Singapura selepas dua minggu berhempas pulas.
Foto: Harian Metro
Terdahulu, perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menanggung azab kesakitan kaki ketika menentang pemain dari Denmark dalam perlawanan akhir Masters Malaysia, semalam.
Walaupun berusaha bersungguh-sungguh dan tidak mengaku kalah, Zii Jia terpaksa akur bahawa kejuaraan bukan miliknya apabila tewas kepada Axelsen dalam pertarungan tiga set yang berlanjutan selama satu jam tiga minit.
Sumber: Astro Awani

Ditulis oleh Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pemuda yang maut dalam kemalangan meragut dua nyawa apabila kenderaan Toyota Vios dinaiki terbakar di Kilometer 32 Jalan Tanjung Balau – Sedili awal pagi...

Sosial

Seorang penumpang berkongsi detik cemas yang dialami ketika pesawat dinaikinya mengalami kecemasan semasa penerbangan, sebelum berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Bintulu, pagi...

Lokal

Kerajaan memberi khabar gembira kepada bekas peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 apabila mereka bakal menerima merit khas dalam proses permohonan kerja sektor...

Lokal

Dua mangsa yang rentung dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 32, Jalan Tanjung Balau–Sedili awal pagi tadi dikenal pasti sebagai pasangan kekasih. Menurut laporan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd