Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Lee Jong Suk Dipuji Tak Kekok Layan Peminat, Siap Beri ‘Merchandise’ Percuma

Sebut sahaja nama aktor kacak Korea Selatan, Lee Jong-suk pasti ramai terbayang akan senyuman manis termasuk lakonan hebatnya dalam drama baharu berjudul Big Mouth.

Terbaharu, sesi pertemuan Lee Jong Suk iaitu RE:Jongsuk bersama peminat telah berlangsung di Dewan Bluesquare Mastercard di Seoul pada Isnin lalu dan dikatakan mendapat sambutan menggalakkan.

Mana tidaknya, ia merupakan fans meeting buat pertama kalinya setelah empat tahun menunggu pelakon berusia 33 tahun itu.

Difahamkan seramai lebih 500 peminat hadir memeriahkan sesi pertemuan bersama idola kesukaan mereka secara bersemuka yang pastinya membuatkan hati ramai orang berbunga-bunga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menariknya, Jong Suk sendiri yang menyambut kedatangan peminat yang hadir ke perjumpaan tersebut. Ternyata seronok sekali apabila idola kesukaan menyapa dan melayan permintaan peminat tanpa rasa lelah.

Bukan itu sahaja, bahkan pelakon tersebut turut menghadiahkan sesuatu istimewa buat peminat yang hadir.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kebiasaannya peminat membeli merchandise idola kesayangan, tetapi pelakon itu memutuskan untuk memberikan ia secara percuma sebagai tanda sokongan mereka terhadap perkembangan karier seninya.

Sepanjang majlis tersebut berlangsung, para peminat disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik dan Lee Jong Suk dilihat tidak ‘kedekut’ berkongsi kisah disebalik pembikinan drama Big Mouth.

Dikesempatan itu, aktor kelahiran Yongin, Korea Selatan itu meluahkan kesyukuran kerana dapat meluangkan masa bersama peminatnya.

“Saya menghabiskan banyak masa memikirkan apa lagi yang saya boleh tawarkan kepada anda semua semasa membuat persiapan sesi fans meeting ini.
“Saya berharap agar keikhlasan yang dilakukan oleh saya sampai ke hati anda. Terima kasih kerana sudi datang berjumpa dengan saya pada hari ini. Saya ingin memberitahu bahawa saya sangat merindukan anda semua,”luahnya.

Fans meeting itu berlangsung selama tiga jam dan diakhiri sesi berjabat tangan dengan setiap seorang peminat yang hadir ketika mereka meningalkan lokasi majlis.

Sebaik sahaja tamatnya majlis tersebut, media sosial dibanjiri dengan pujian oleh warganet di mana ramai memuji sikap pelakon tersebut melayan semua peminat yang hadir meskipun dia nampak kepenatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sangat gila dan tak masuk akal! Mereka (peminat) pasti sedang bergembira sekarang ini atas layanan Jong Suk”
“Dia merancang majlis tersebut bukan untuk mengaut keuntungan sebalik mengambil peluang untuk berkomunikasi bersama peminat.”
“Saya tak pernah lihat selebriti yang peramah dan layan peminat seperti keluarga dan rakan sendiri dalam hidup ini.”

Sumber: Twitter search

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Ustaz Firdaus Firabib yang tidak asing lagi di Kedah telah menerima usul daripada Kariah Masjid Al-Busyra di Merbok apabila meminta agar elaun imam dipotong....

Lokal

Lima individu, termasuk sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka berusia dua tahun, maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 58.1, Lebuhraya PLUS...

Sosial

Baru-baru ini tular di media sosial, seoarang warga emas mengusap air mata menerima bantuan daripada seorang pemuda setelah berdepan detik cemas kehabisan minyak motor...

Lokal

Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan di Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur, petang Selasa selepas dikatakan baru selesai ‘photoshoot’ atau merakamkan gambar kenangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd