Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lebih Setengah Juta Lesap! Pesara Kerajaan Ditipu Pelaburan Kripto

Suami isteri berputih mata apabila wang simpanan mereka termasuklah wang persaraan lebih RM542,000 lesap kerana terpedaya dengan sindiket penipuan membabitkan pelaburan kripto yang tidak wujud.

Menurut laporan Berita Harian, perkara tersebut didedahkan sendiri oleh pesara kerajaan dalam lingkungan usia 70 tahun yang telah membuat laporan  di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, semalam berhubung kejadian tersebut.

Difahamkan, sindiket penipuan tersebut berlaku sejak Januari lalu malah menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, mangsa telah menerima tawaran perkhidmatan pembelian saham mata wang kripto di Amerika Syarikat (AS) pada 8 Januari lalu oleh pemilik  laman Facebook Najwan Islamic beralamat di Singapura.

“Sehari selepas itu, mangsa memulakan pelaburan dengan membeli dua unit saham bernilai RM500 dengan memasukkan wang ke dalam satu akaun bank tempatan.
“Suspek menyatakan mangsa akan menerima pulangan pelaburan RM4,950 dalam tempoh sehari iaitu pada hari sama,” katanya.

Bukan itu sahaja, suspek turut memberitahu keuntungan pelaburan akan makin meningkat jika mangsa  tidak mengeluarkan wang berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

gambar hiasan

“Pada 10 Januari lalu, mangsa menghubungi suspek semula untuk bertanyakan berkaitan wang pelaburan dan diberitahu nilai keuntungan sudah mencecah RM18,500.
“Bagaimanapun, mangsa diminta membuat pelbagai bayaran untuk mendapatkan keseluruhan hasil pelaburannya.
“Sepanjang tempoh Januari hingga Julai, mangsa melakukan 133 transaksi pindahan wang secara dalam talian ke 39 akaun bank tempatan membabitkan jumlah kerugian RM542,171.20,” jelasnya lagi.

Susulan itu, mangsa tidak menerima sebarang bayaran daripada hasil pelaburannya yang mana wang itu adalah hasil simpanan mangsa termasuklah wang persaraan dalam tempoh tersebut.

Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan oleh pihak berkuasa dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber: Berita Harian (Muhammad Lokman Khairi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd