Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lebih Baik Tengku Zafrul Sertai PKR – MB Selangor

Tindakan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz yang didakwa menunjukkan minat untuk sertai PKR disifatkan lebih baik berbanding beliau memilih pembangkang atau Perikatan Nasional (PN).

Tengku Zafrul Sertai PKR

Menurut laporan Sinar Harian, Naib Presiden PKR merangkap Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, tindakan itu adalah lebih baik, namun perlu melalui perbincangan antara parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan dengan melihat kerangka lebih besar.

UMNO Kota Raja mahu Tengku Zafrul di Sungai Kandis - Utusan Malaysia

Foto: Utusan Malaysia

“Ya, kita bincang elok-elok mana lebih baik, dia lompat ke PN atau bersama-sama dalam jemaah Kerajaan Perpaduan, jadi hal itu kena dilihat secara big framework dan tidak terikut-ikut dengan desakan kelompok (tertentu).
“Itu masing-masing mencuri ambil dan sebagainya. Masing-masing ada maruahnya saya faham, ada big framework yang kadang-kadang orang lupakan, bila dilupakan jadilah macam-macam. Itulah yang jadi tumbang kerajaan 18 bulan, sebab hilang kerangka besar dalam memikirkan kepentingan rakyat secara keseluruhan,” katanya di Konvoi Misi Bantuan Bencana Skuad Ihsan Madani: Bantuan Pasca Banjir Negeri Kelantan hari ini.

MB Selangor kata lebih baik Tengku Zafrul Sertai PKR

Kerajaan Perpaduan

Foto: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan telah memberi amaran supaya semua parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan perlu mengelak daripada ‘mencuri’ ahli atau pemimpin parti lain dalam gabungan itu.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan tersebut boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dan mencetuskan suasana tidak harmoni dalam kalangan parti gabungan itu.

Malaysia wishes to host more international e-sports events

Foto: The Sun

Bagaimanapun, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam dilapor me­ngesahkan terdapat per­bin­cangan awal dalam parti itu berhubung desas-desus penyertaan Tengku Zafrul ke dalam parti berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, jelas Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, perbincangan yang dimaklumkan oleh Anwar semalam adalah tidak formal dan tidak boleh dijadikan alasan untuk membuat sebarang keputusan rasmi.

Angkat 'Malaysia Madani', harumkan semula nama Malaysia - PM Anwar | Astro Awani

Foto: Astro Awani

Dalam pada itu, beliau turut mengulangi pendiriannya mengenai kedudukan sebagai menteri besar negeri ini yang didakwa bukan perkara baharu dan ditimbulkan oleh pihak luar tahun 2020 dan percaya kepada ahli nujum boleh jadi syirik.

Artikel lain: Kerjasama Dengan Tesla Pacu Malaysia Sebagai Hab Utama Teknologi Hijau – Tengku Zafrul

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ramai ahli nujum anggap saya tidak jadi menteri besar sejak 2020, bila berlaku ‘Sheraton move’, antara kata-kata mereka ‘habislah kau Amir, kau akan digugurkan’, kemudian berlaku lagi pada 2021 ada lagi ‘kau akan digugurkan,” jelasnya.

Jelasnya lagi, pertemuan dengan Anwar di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, baru-baru ini hanya berbincang berkenaan keputusan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dan Sarawak.

Sumber: Sinar Harian (Mohd Azlim Zainury)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan selamat bertunang dengan kekasih hatinya, Elya Maisara dalam sebuah majlis pada Sabtu di Johor Bahru, Johor. Sedondon tema matcha...

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Dunia

Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, melancarkan kempen ‘Thai Help Thai’ bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan menurunkan harga lebih 3,000 barangan keperluan harian...

Sosial

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad. Menerusi satu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd