Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Lebih 97 Peratus Syarikat Produksi Tidak Mencarum KWSP

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mendedahkan sebanyak 97.78 peratus syarikat penerbitan filem, drama dan seni tidak mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pelakon kanak-kanak dan orang muda.

Menurut laporan Buletin TV3, dapatan itu berdasarkan Kajian Pengajian Pelakon Kanak-Kanak dan Orang Muda Dalam Filem dan Drama di Semenanjung Malaysia.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin memberitahu kebanyakkan syarikat produksi masih belum mendapat kesedaran keperluan mencarum untuk golongan terbabit.

Syarikat tidak mencarum KWSP

Artikel lain: KWSP Umum Ahli Boleh Guna Akaun 2 Beli Insurans Bagi Ahli Keluarga

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Daripada kajian dijalankan hanya 2.22 peratus melakukan caruman KWSP, sementara 97.78 peratus tidak sedar mereka sepatutnya mencarum kerana mereka tidak melihat pelakon kanak-kanak dan orang muda sebagai penyumbang pendapatan kepada keluarga.
“Perkara ini adalah antara dapatan daripada hasil temu bual bersama pelakon kanak-kanak zaman dahulu seperti Aziz M Osman, Fauziah Ahmad Daud dan beberapa pelakon lain.
“Mereka berkongsi pengalaman terima tawaran sebagai orang yang terbabit dalam bidang seni, tetapi mungkin tidak ada satu kesedaran yang tinggi,” katanya pada Majlis Pelancaran Buku Laporan Kajian Penggajian Pelakon Kanak-Kanak dan Orang Muda Dalam Filem dan Drama di Semenanjung Malaysia dan Kajian Diaspora Malaysia di Brunei Darussalam yang berlangsung di Jabatan Perangkaan Malaysia, di sini, pagi ini.

Bagaimanapun, Moh Uzir memaklumkan dapatan tersebut tidak diambil secara menyeluruh memandangkan ia hanya fokus kepada pelakon kanak-kanak.

“Kalau dilihat, ini salah satu kajian yang menggunakan kajian bersasar yang diteliti dalam senario pelakon kanak-kanak dalam drama.
“Saya yakin, ini tidaklah boleh dijadikan secara keseluruhan industri bagi sektor perfileman, drama dan seni. Fokus kita adalah kepada kanak-kanak.
“Mungkin kalau orang dewasa secara automatik syarikat produksi akan melihat kekuatan akta dan keperluan untuk mencarum,” katanya.

Dalam pada itu, keputusan kajian menunjukkan 73.1 peratus syarikat produksi yang terlibat dalam filem dan drama tidak mengetahui mengenai keperluan mendapatkan lesen hiburan awam sebelum menggajikan pelakon kanak-kanak dan orang muda.

Difahamkan, sebanyak 52.9 peratus syarikat tidak pernah memohon lesen, manakala 47.1 peratus tidak pasti berkenaan permohonan lesen hiburan awam.

Kajian Penggajian Pelakon Kanak-Kanak dan Orang Muda Dalam Filem dan Drama di Semenanjung Malaysia dilakukan antara 8 Februari hingga 31 Disember tahun lalu, membabitkan 361 syarikat yang menggajikan pelakon kanak-kanak dan orang muda dalam filem serta drama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kajian itu turut membabitkan 27 wakil daripada setiap kementerian, jabatan, agensi, ahli akademik, persatuan majikan, kesatuan sekerja, penerbit televisyen, syarikat produksi, pengarah dan penerbit filem dan bekas pelakon kanak-kanak.

Sumber: Buletin TV3

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Sebuah tragedi membabitkan kematian kanak-kanak berusia empat tahun berlaku apabila ibu bapanya, Aidil Zacky Rahman (AZR) dan Sinta Dewi (SD) bunuh anak sendiri selepas...

Bisnes

Gergasi media sosial, Meta rancang untuk buang dan ganti kira-kira lima peratus pekerja yang mencatatkan prestasi buruk pada tahun ini dan berita ini telah...

Lokal

Anak kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, iaitu Datuk Nurul Hidayah didakwa dilantik sebagai lembaga pengarah di Universiti Putra Malaysia (UPM)....

Lokal

Polis telah mengesahkan kesahihan sijil perkahwinan anak seorang menteri Kabinet yang berkahwin di negara jiran pada September tahun lalu. Foto: Sinar Harian Menurut laporan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd