Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lebih 300 Penduduk Diarah Pindah Ke Dewan Serba Guna Ekoran Tanah Runtuh Di Taman Melawati

Kira-kira 300 penduduk melibatkan 20 rumah diarah mengosongkan kediaman mereka susulan kejadian tanah runtuh yang berlaku di lereng bukit di Jalan E6 Taman Melawati pada Selasa.

Menurut laporan Astro Awani, kesemua mereka diarahkan berpindah ke dewan serba guna berhampiran selepas berlaku kejadian hujan lebat.
Foto: X NewsBFM
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu turut mengakibatkan laluan utama ke perumahan terbabit selain sebuah kenderaan mengalami kerosakan.
“Ia juga melibatkan kerosakan sebuah kabin pondok pengawal yang terbalik akibat runtuhan. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Azam berkata, polis bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) berada di tempat kejadian bagi mengawal keadaan dan mengarahkan penduduk berpindah dari kawasan terjejas itu.
Foto: Sinar Harian 
Terdahulu, kejadian tanah runtuh itu tular di media sosial melalui video singkat yang menunjukkan tanah runtuh berlaku berdekatan kawasan perumahan penduduk.
Insiden itu berlaku dipercayai akibat hujan lebat selain aliran air deras dari bukit yang menyebabkan tanah runtuh dan beberapa pokok tumbang.
Foto: X Geng Keselamatan Negara
Sementara itu, tinjauan mendapati, penduduk cemas melihat aliran air yang jatuh dari lereng bukit semakin deras bermula sekitar jam 11.30 pagi.
Dalam pada itu, Ketua Zon 4 (Hulu Langat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Penguasa Kanan Bomba Shahrin Yusmar Mat Yusof, memaklumkan pihaknya dan polis berusaha mengurangkan impak tanah runtuh di kawasan perumahan berhampiran.
Foto: Media Permata Online
“Operasi merendahkan risiko di kawasan sekitar kejadian tanah runtuh di lorong E6 Taman Melawati sedang giat dilakukan ketika ini. Setakat ini keadaan masih terkawal,” ujarnya.
Terdahulu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima laporan berkaitan insiden itu pada jam 11.42 pagi.
Foto: The Edge Malaysia
“Sebaik menerima maklumat, pihak JBPM mengerahkan enam pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang ke lokasi kejadian,” katanya.
Bomba dalam satu kenyataan memaklumkan tanah runtuh berlaku di lereng bukit berkeluasan 20×20 meter serta runtuhan setinggi 30 meter.
Foto: X Geng Keselamatan Negara
Pengguna media sosial turut berkongsi kejadian banjir di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor.
Sumber: Astro Awani (Faida Rahim, Intan Shanim Sulaiman)

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Lokal

Kepekaan dan tindakan pantas tiga kakitangan Tabung Haji (TH) cawangan Kuala Berang berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM250,000 selepas dipercayai menjadi mangsa...

Lokal

Seorang wanita hamil tiga bulan meninggal dunia bersama seorang rakan lelaki dalam kebakaran yang berlaku di sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Tenang...

Lokal

Mahkamah Majistret Kajang hari ini menjatuhkan hukuman denda RM5,500 ke atas seorang peniaga selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan mencederakan dan mengugut mahu membunuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd