Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Lebih 122,00 Murid Tahun Satu Belum Kuasai Kemahiran Asas 3M – Fadhlina

Lebih 122,000 murid Tahun Satu di seluruh negeri dikenal pasti masih belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).

Memetik laporan MalaysiaGazette, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, antara faktor dikenal pasti disebabkan kesan pandemik COVID-19 dan masalah kemiskinan.

Foto: Berita Harian

“Kita ada dua pendekatan kumpulan. Satu pengesanan literasi dan numerasi yang kita laksanakan di peringkat sekolah rendah dan yang itu ada 122,000 kanak-kanak darjah satu yang kita kesan belum menguasai 3M.
“Bagi peringkat keseluruhan yang telah pun kita kenal pasti melalui program Anak Kita, ada lebih 83,000 anak-anak di seluruh negara terlibat dalam program ini,” katanya pada sidang media Majlis Perasmian Program Tekad Reformasi Pendidikan, Kuala Lumpur hari ini.

Azman Adnan dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan baharu - Malaysia Bangkit

Foto: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan sebelum ini memaklumkan, seramai 122,062 murid Tahun Satu sesi persekolahan 2024/2025 perlu mengikuti program intervensi bagi meningkatkan kemahiran 3M.

Angka itu mewakili 27.5 peratus daripada keseluruhan 448,113 murid Tahun Satu yang berdaftar di sekolah seliaan Kementerian Pendidikan (KPM).

“Saya fikir nombor atau angka ini sifatnya dinamik kerana sebaik saja mereka menguasai melalui intervensi dibuat di peringkatan Persekutuan atau negeri melalui program Anak Kita, data-data ini Insya-Allah akan berubah,” ujar Fadhlina.

Berganding bahu atasi penguasaan asas 3M - Sinar Bestari

Foto: Carian Google

Terdahulu, Amirudin memaklumkan, kira-kira 17,000 murid Tahun Satu, Dua dan Tiga di Selangor berdepan dengan masalah literasi dan numerasi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata, kebanyakan murid itu adalah mereka yang terkesan secara langsung akibat pandemik COVID-19.

Tegas beliau lagi, KPM amat komited dalam memastikan setiap inisiatif yang diperkenalkan terus dipantau dan diperbaiki dari semasa ke semasa demi kebaikan guru dan murid di seluruh negara.

Sumber: MalaysiaGazette (Mohammad Arif Nizam)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Nasional

Kesejahteraan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus diletakkan sebagai antara agenda utama dalam Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026–2030 dengan penekanan kepada pembangunan semula...

Sosial

Pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah tampil memohon maaf secara terbuka susulan kesilapan penulisan ayat al-Quran yang terdapat dalam buku terbitannya, ‘Wanita Syurga’ sehingga mencetuskan kegusaran...

Bisnes

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) hari ini mengumumkan lanjutan kerjasama jangka panjang bersama Astro, penyedia kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia, sebagai Rakan Media Rasmi di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd