Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Lebih 10 Tahun Tak Kunjung Malaysia, Melly Goeslaw Ziarah Pusara P. Ramlee & Saloma

Penyanyi popular Indonesia, Melly Goeslaw meluahkan kesyukuran apabila berpeluang menziarahi pusara Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan isteri Allahyarhamah Saloma sebaik tiba di Kuala Lumpur.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram, Melly atau nama sebenarnya Melliana Cessy Goeslaw mengakui kagum dengan karya dihasilkan Allahyarham itu yang menjadi inspirasi buat dirinya untuk terus memajukan diri dalam industri muzik.

View this post on Instagram

A post shared by Melly Goeslaw (@melly_goeslaw)

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Hari ini saya tiba di Kuala Lumpur untuk persiapan berjumpa dengan media esok. Saat tiba tadi kami terus menziarahi makam P Ramlee dan Saloma dan berkesempatan pula berjumpa dengan cucu daripada Saloma.
“Baru tau juga kalau ternyata P Ramlee masih ada keturunan Aceh. Terlalu kagum saya dengan kegeniusan karya-karyanya, dan kisah semasa hidupnya yang amat menginspirasi saya dalam bermuzik,” katanya.

Difahamkan, penyanyi lagu Ku Bahagia itu sudah lebih 10 tahun tidak berkunjung ke Malaysia sekali gus berhasrat bagi mengadakan sebuah konsert Ada Apa Dengan Melly? yang dijangka berlangsung pada awal tahun depan.

View this post on Instagram

A post shared by Melly Goeslaw (@melly_goeslaw)

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sudah lebih dari 10 tahun kami tidak ke Kuala Lumpur. Banyak yang meminta saya untuk mengadakan konsert di Kuala Lumpur.
“Akhirnya bismillah di penghujung tahun ini saya menerima pinangan @imantang75 @iconentertainmentmy untuk membuat konsert awal tahun depan,” ujarnya.

Pada penghujung kapsyen, Melly menitipkan doa buat Seniman Agung dan Biduanita Negara itu dimana karya kedua-duanya terus mekar di hati orang ramai.

View this post on Instagram

A post shared by Melly Goeslaw (@melly_goeslaw)

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Doa tulus daripada kami untuk almarhum dan almarhumah yang bagi saya meskipun tak pernah kenal secara langsung tapi punya energi yang sama dalam mencipta sebuah karya…
“…dan menginginkan karya-karya ini kelak boleh dikenang sebagai sesuatu yang indah di kehidupan……selamanya. Al-Fatihah,” kongsinya.

Sumber: Instagram Melly Goeslaw

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika menyertai aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih pada Ahad dipercayai tersasar daripada laluan asal ketika turun...

Dunia

Pengasas Seven-Eleven Japan yang dikenali sebagai tokoh penting dalam industri kedai serbaneka Jepun, Toshifumi Suzuki, meninggal dunia akibat kegagalan jantung pada 18 Mei lalu...

Lokal

Seorang guru agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas empat pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua kanak-kanak lelaki...

Lokal

Kegiatan tidak bermoral melibatkan pesta gay dan parti dadah yang dipercayai berlangsung di sebuah hotel mewah sekitar ibu negara terbongkar selepas polis menahan seramai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd