Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lawatan Negara Tiga Hari, Presiden Jerman Singgah Di Pulau Pinang

Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier singgah di Pulau Pinang hari ini dalam Lawatan Negara tiga hari ke Malaysia.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow dan isteri Tan Lean Kee menyambut ketibaan Steinmeier dan isteri Elke Budenbender di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang tengah hari tadi.

“Mewakili kerajaan negeri dan rakyat Pulau Pinang, saya mengalu-alukan kedatangan tuan dan puan yang terutama dan anggota delegasi…” kata Chow dalam hantaran Facebook hari ini.

https://www.facebook.com/ChowKonYeow/posts/pfbid07CWgUuSuFQ8VuRmA8k9mVipzChbxjXVQtoHcueH1HHFSPNQMudDSpqwccaSi1ym8l

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri I Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Sayuthi Bakar dan Duta Besar Jerman ke Malaysia Dr Peter Blomeyer.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Steinmeier yang diiringi delegasi perniagaan singgah di Pulau Pinang yang merupakan lokasi penting perniagaan Malaysia dan industri Jerman bagi melawat pengeluar semikonduktor Infineon dan pakar teknologi B.Braun, selain bertemu pelatih industri mekatronik.

Sumber: BERNAMA

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mencatat prestasi berdaya tahan bagi tempoh kumulatif suku kedua tahun kewangan 2026 (S2 TK2026), dengan hasil takaful...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd