Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Lawatan Ke Angkasa Lepas T.O.P Ditangguh, Roket Elon Musk Belum Siap

Bekas ahli kumpulan BIGBANG, T.O.P terpaksa menangguhkan hasratnya untuk menyertai misi ke bulan yang sepatutnya dilancarkan pada tahun ini, lapor KBIZoom.

Pada December 2022, idola K-Pop itu disahkan menjadi antara lapan orang berpengaruh yang akan mengambil bahagian dalam ‘Dear Moon’, projek bersama antara jutawan, Elon Musk dan Yusaku Maezawa dalam program SpaceX.

Menurut profesor di Universiti Kyung Hee, Kim Sung-Soo, mereka telah menandatangani kontrak perjalanan ke angkasa lepas mengelilingi bulan menggunakan roket yang diberi nama Starship.

“Mengikut perancangan awal, kami sepatutnya sudah berada di bulan tapi disebabkan pembinaan Starship tergendala, nampaknya mustahil untuk kami ke bulan tahun ini,” katanya.

Profesor Kim berkata, misi untuk ke bulan mungkin akan berlaku dalam beberapa tahun lagi dan T.O.P merupakan sebahagian daripada projek ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, projek ‘Dear Moon’ sepatutnya menggunakan roket Falcon9 yang hanya boleh memuatkan dalam dua atau tiga orang penumpang.

Namun, SpaceX telah menukarkan roket itu kepada Starship sekaligus meningkatkan jumlah penumpang yang boleh dibawa.

Oleh kerana itu, Maezawa telah mengambil keputusan untuk merekrut artis pelbagai genre dari seluruh dunia untuk projek ini.

Profesor Kim menjelaskan Maezawa telah mengambil keputusan tersebut kerana beliau pernah menjadi artis dalam industri muzik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Maezawa berharap apabila artis dari pelbagai genre ini berjaya ke bulan dan kembali, mereka akan menyampaikan pengalaman mereka melalui seni kepada manusia di bumi.

Projek ‘Dear Moon’ dirancang sebagai penerbangan lunar awam yang pertama. Melalui perancangan awal, Starship akan membawa penumpangnya mengelilingi bulan selama enam hari sebelum kembali ke bumi.

Sumber: KBIZoom

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Baru-baru ini tular seoarang lelaki mencuri perhatian ramai apabila mengulas berkenaan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Semenanjung Gaza. Hanya sekadar lakonan Menerusi...

Sosial

Salah seorang aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla, Zainal Rashid Ahmad atau lebih dikenali sebagai ZRA memilih untuk pulang ke rumahnya secara senyap tanpa...

Lokal

Seorang lelaki berusia 26 tahun yang menyamar sebagai penghantar barang maut selepas bergelut dengan polis ketika cuba ditahan di sebuah kondominium di Wangsa Maju,...

Lokal

Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga mengalami trauma dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar senior di sekolahnya. Kejadian...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd