Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Laporan Diterima Kes Guru Didakwa Buat Aktiviti Pedofilia – Polis Kelantan

Polis Kelantan mengesahkan telah menerima laporan berkaitan seorang guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat yang didakwa melakukan aktiviti pedofilia terhadap seorang pelajar lelaki.

Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihak polis telah melakukan siasatan secara telus dan terbuka berhubung laporan yang dibuat oleh pelajar berkenaan berikutan kes tersebut.

“Keterangan daripada beberapa saksi juga akan diambil dan siasatan mengambil kira dalam semua aspek termasuk kandungan WhatsApp dan individu lain yang pernah mereka hubungi.
“Siasatan akan dilakukan secara terperinci dan jika perlu turut membabitkan Seksyen 233 Akta Multimedia dan Komunikasi serta Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Iftar Ramadan Perdana Peringkat Kontinjen Kelantan Sempena Peringatan Hari Polis Ke-217 di Kota Bharu, Kelantan pada Ahad.

Foto: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Beberapa saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan dan buat masa ini kami tidak akan mendedahkan maklumat berkaitan mangsa serta suspek dan saya minta agar mana-mana individu yang mempunyai maklumat boleh tampil memberi keterangan, namun jika mahu hadir secara rahsia, pihak anda boleh terus menghubungi polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zaki turut meminta kerjasama orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi kerana perkara itu masih dalam siasatan.

Sebelum ini, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Asyraf Wajdi Dusuki, berkata penyiasatan segera dan menyeluruh telah dilakukan berhubung dakwaan seorang guru dipercayai melakukan pedofilia di MRSM Tumpat dan dia turut mengesahkan guru terbabit sudah digantung tugas sehingga siasatan selesai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, seorang individu menerusi media sosial mendakwa seorang guru di sebuah sekolah di Tumpat yang diketahui sebagai seorang pedofil masih mengajar di sekolah berkenaan walaupun banyak dakwaan telah dilaporkan terhadapnya.

Perkara tersebut telah mengundang pelbagai reaksi, khususnya kepada individu itu sendiri yang mendakwa dia dan rakan-rakannya adalah antara mangsa perbuatan guru terbabit.

Sumber: Sinar Harian (Aswany Omar), X @naylisabirawr_

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Sempena sambutan Hari Malaysia 2025, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah menganjurkan program Bicara Malaysiana: Menjunjung Rukun Negara, Memperkukuh Jati Diri Bangsa bertempat di Auditorium...

Sukan

Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) – Renang yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terus menjadi inisiatif penting dalam usaha mengurangkan risiko...

Sosial

Air mata mengiringi setiap langkah, begitulah suasana yang dirakam dalam sebuah video tular di TikTok sempena persaraan seorang guru bernama Cikgu Salina. Murid bagi...

Lokal

Persatuan Belia Baru Universiti Malaya atau Umany mohon maaf susulan cadangan awal untuk “mansuhkan” sistem matrikulasi yang menimbulkan rasa tidak puas hati beberapa pihak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd