Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Laporan Audit Dedah Felda Alami Kerugian RM1 Bilion

Penyata kewangan Agensi Persekutuan 2022 mendedahkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) alami kerugian bersih berjumlah RM1.005 bilion.

Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang dikeluarkan menerusi laman Facebook rasmi mereka, baki geran kerajaan setakat 31 Disember 2022 pula adalah berjumlah RM0.808 bilion.

Felda alami kerugian

Artikel lain: Kumpulan Media Dakwa Alami Kerugian, Saman Google Lebih RM10.97 Bilion

“Pada 2022, Felda menerima geran berjumlah RM0.214 bilion (2021: RM0.342 bilion). Geran kerajaan menurun RM0.128 bilion (37.4 peratus) disebabkan pengurangan peruntukan yang daripada Kementerian Kewangan tahun semasa.
“Pada 2022, Felda menerima geran berjumlah RM0.214 bilion (2021: RM0.342 bilion). Geran kerajaan menurun RM0.128 bilion (37.4 peratus) disebabkan pengurangan peruntukan yang daripada Kementerian Kewangan tahun semasa.
“Pengurangan itu menjejaskan kelangsungan operasi kerana Felda banyak bergantung kepada bantuan kewangan Kerajaan Persekutuan,” menurut laporan berkenaan.

Pinjaman Felda diperoleh daripada institusi kewangan berjumlah RM7.973 bilion dan Kerajaan Persekutuan berjumlah RM0.686 bilion.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ini menunjukkan jumlah pinjaman tersebut telah membuktikan Felda sentiasa komited dalam melunaskan pembiayaan yang diterima sehingga tempoh matang.

Dalam pada itu, Felda juga mempunyai komitmen bayaran balik Kemudahan Pembiayaan Tawarruq kepada sebuah syarikat di bawah Menteri Kewangan (Diperbadankan) berjumlah RM50 juta setahun bagi tempoh lima tahun pertama mulai tahun 2024.

“Baki bayaran balik berjumlah RM2.595 bilion perlu dibuat mengikut jadual dalam tempoh 15 tahun mulai 2029.
“Kegagalan memenuhi bayaran permulaan pada tahun 2024 akan mengakibatkan pembatalan dan penamatan pelan penstrukturan kemudahan yang telah diluluskan tersebut,” jelas laporan tersebut.

Sumber: Facebook @Jabatan Audit Negara

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Sosial

Sebuah kereta mewah Nissan GT-R disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas didapati dipandu dengan lesen tamat tempoh dan tanpa insurans di susur keluar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd