Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Lantik Nurul Izzah Sebagai Penasihat Bukti Anwar Khianat Reformasi – Muhyiddin

Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan perlantikan Nurul Izzah sebagai penasihat kanan bagi ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu pengkhianatan.

Menerusi hantaran di laman Facebook miliknya semalam, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri berkata, tindakan tersebut jelas menunjukkan Anwar sudah memungkiri janji perjuangan reformasi yang dilaungnya sejak 20 tahun lalu.

Dalam masa sama, Muhyiddin turut mempertikaikan tindakan Anwar melantik Nurul Izzah sebagai penasihatnya kerana belum pernah berlaku dalam sejarah seorang Perdana Menteri meletakkan anak sebagai penasihat.

“Tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia seorang Perdana Menteri melantik anak sebagai penasihat.  Pelantikan ini menjadikan slogan Reformasi yang dilaungkan oleh Anwar sejak lebih 20 tahun lalu sebagai omongon kosong,”tulis Muhyiddin.

Susulan itu, Muhyiddin meminta Anwar untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan selain menasihati Nurul Izzah supaya turut bertindak sedemikian.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Anwar pula masih belum terlambat untuk memperbaiki keadaan…letak jawatan sebagai Menteri Kewangan dan seharusnya fokus kepada tugas sebagai Perdana Menteri, lebih-lebih lagi ketika rakyat dan negara sedang menghadapi waktu yang sukar,”ujarnya.

Dalam pada itu, Muhyiddin menyatakan masa depan Nurul Izzah dalam arena politik tidak seharusnya dicemarkan dengan pelantikan sebagai penasihat bapanya kerana ia adalah tidak sesuai.

“Saya percaya beliau seorang pemimpin wanita muda yang berbakat dan berpotensi besar. Janganlah pelantikan kecil yang tidak kena pada tempatnya ini menjadi titik hitam dalam perjalanan politiknya menuju masa depan yang mungkin lebih cerah,”nasihatnya.

Sementara itu, Muhyiddin menyifatkan Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya sekadar untuk membalas budi Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang membantunya menjadi Perdana Menteri.

Bukan itu sahaja, Muhyiddin juga meminta Anwar merehatkan Zahid Hamidi daripada jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri sehingga perbicaraan kes rasuah selesai.

Terdahulu, media melaporkan Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR, dilantik sebagai penasihat kanan bagi ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri, yang juga ayahnya, berkuat kuasa 3 Januari lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perdana Menteri kemudian menjelaskan pelantikan Nurul Izzah tidak akan menerima sebarang elaun dan beliau sendiri mempelawa anaknya, yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu membantunya sebagai penasihat di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan.

Sumber: Facebook Muhyiddin Yassin

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd