Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Langkah Dubai Tidak Akan Berjaya, 150 MP Sokong Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin bahawa ‘Langkah Dubai’ tidak akan berjaya dilakukan.

Menurut laporan BH Online, Ahmad Zahid berkata ia berikutan Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan daripada 150 ahli parlimen ketika ini.

Foto: Facebook Ahmad Zahid

Menurutnya, ada laporan mendakwa “Langkah Dubai’ sudah mempunyai akaun bersumpah (SD) mencukupi namun begitu, Akta Lompat Parti tidak memungkinkan ia berlaku.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Walaupun ada ketua pemuda semua parti politik menyatakan bahawa dokumen sokongan lima Ahli Parlimen kepada PMX sebelum ini boleh dijadikan asas untuk menyokong seseorang menjadi Perdana Menteri yang baharu, saya berpandangan itu tidak akan berlaku.
“Ini kerana kita ada 150 Ahli Parlimen yang menyokong Kerajaan Perpaduan dan PMX. Maka saya fikir, eloklah mereka yang mempunyai angan-angan besar jadi PM atau partinya melonjakkan seseorang jadi PM supaya jangan lagi buang masa,” katanya.

Artikel lain: Bunuh Komander Tertinggi, Hizbullah Sasar Pangkalan Operasi Tentera Israel

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas taklimat banjir Kota Tinggi dan meninjau pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Kota Jaya, Kota Tinggi pada Selasa.

Langkah Dubai tidak akan berjaya

Foto: Facebook Ahmad Zahid

Dalam pada itu, Ahmad Zahid juga meminta ahli parlimen pembangkang supaya tidak meneruskan naratif kononnya Kerajaan Perpaduan goyah dan bakal tumbang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau menjelaskan, naratif tersebut hanya akan menjejaskan keyakinan pelabur asing untuk melabur di negara ini sekali gus akan memberi kesan kepada ekonomi negara.

“Saya mahu ahli parlimen yang kononnya taat setia kepada negara, mereka mesti mendukung apa yang dilakukan PMX untuk mendapat keyakinan pelabur asing.

Foto: Facebook Ahmad Zahid

“Jangan jejaskan keyakinan itu dengan mengatakan kerajaan yang sekarang goyah dan mahu bertukar,” ujarnya.

Terdahulu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengeluarkan kenyataan bahawa Perikatan Nasional (PN) sudah mempunyai jumlah SD yang mencukupi bagi menumbangkan Kerajaan Perpaduan.

Sumber: Berita Harian (Mohamed Farid Noh), Facebook Ahmad Zahid

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Lokal

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan untuk mengurangkan tempoh pemenjaraan seorang bekas pekerja IT kepada 12 tahun berhubung insiden samseng jalan raya yang meragut nyawa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd