Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Langgar Undang-Undang Kesatuan Eropah, Apple Didenda Lebih RM9 Bilion

Syarikat gergasi, Apple didenda lebih €1.8 bilion (RM9.2 bilion) oleh Kesatuan Eropah (EU) selepas melanggar undang-undang EU dmenghalang pengguna di Eropah mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan penstriman muzik lebih murah.

Menurut laporan, tindakan undang-undang itu merupakan denda antimonopoli pertama dikenakan terhadap Apple oleh Brussels susulan aduan oleh firma gergasi penstriman Sweden, Spotify.

Suruhanjaya Eropah turut mendapati Apple telah membuat sekatan terhadap pengeluar aplikasi dengan melarang mereka daripada memaklumkan kepada pengguna iOS mengenai perkhidmatan langganan muzik lebih murah di luar App Store.

Apple didenda

Artikel lain: Kumpulan Media Dakwa Alami Kerugian, Saman Google Lebih RM10.97 Bilion

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Perbuatan ini dilarang di bawah undang-undang antimonopoli EU,” kata suruhanjaya tersebut.

Difahamkan, sebanyak €40 juta (RM204 juta) diletakkan sebagai denda asas namun, segalanya berubah apabila penguatkuasa persaingan Suruhanjaya EU, Margrethe Vestager menganggap jumlah tersebut ibarat  ‘saman letak kereta’ buat syarikat gergasi seperti Apple.

Disebabkan itu, pihaknya menambah lagi  €1.8 bilion sebagai penalti bersifat ‘pencegahan’.

“Denda keseluruhan €1.84 bilion ini menyamai 0.5 peratus pendapatan Apple di seluruh dunia.
“Kami mengarahkan Apple supaya tidak mengulangi amalan serupa pada masa hadapan,” kata Vestager.
Sumber: Kosmo (Wan Azhar Wan Abdullah)

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd