Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Langgar Syed Danial: Hukuman Penjara Bekas Pekerja IT Dikurangkan, Dijangka Bebas 2027

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan untuk mengurangkan tempoh pemenjaraan seorang bekas pekerja IT kepada 12 tahun berhubung insiden samseng jalan raya yang meragut nyawa seorang pengurus bank di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) pada 2019.

Menurut laporan BH Online, keputusan itu dibuat panel tiga hakim diketuai Datuk Nordin Hassan, selepas mahkamah membenarkan rayuan Yew Wei Liang, 47, untuk mengurangkan hukuman asal penjara 16 tahun.

Wei Liang telah menjalani hukuman bermula 10 Ogos 2019, iaitu tarikh dia ditahan.

Foto: Bernama

Walau bagaimanapun, panel yang turut dianggotai Datuk Seri Vazeer Alam Mydin Meera dan Datuk Lee Swee Seng mengekalkan sabitan terhadapnya atas kesalahan menyebabkan kematian Syed Muhammad Danial Syed Shakir, 29.

Dalam penghakiman yang dibacakan, Nordin menegaskan Mahkamah Rayuan tidak melakukan sebarang kesilapan yang memerlukan keputusan itu diganggu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Wei Liang, 47, sebelum ini merayu agar sabitannya diturunkan kepada Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum 10 tahun penjara atau denda, namun permohonan itu tidak diterima.

Sebaliknya, pihak pendakwaan mengemukakan rayuan balas supaya sabitan menyebabkan kematian itu dinaikkan kepada kesalahan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kes ini berpunca daripada insiden di KM293.6 Lebuhraya PLUS arah Kuala Lumpur–Seremban antara jam 1 hingga 2 petang pada 10 Ogos 2019.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2023 mensabitkan Wei Liang di bawah Seksyen 304(a) dan menjatuhkan hukuman 16 tahun penjara, yang kemudian dikekalkan Mahkamah Rayuan pada Mac lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Ng Siew Wee menegaskan bukti menunjukkan Wei Liang sengaja memandu ke arah mangsa yang ketika itu sedang cuba melarikan diri, dan tindakan tersebut bukan satu kemalangan.

Peguamnya, Datuk N Sivananthan pula berhujah hukuman 16 tahun itu terlalu berat, dengan merujuk dapatan Mahkamah Rayuan yang menyatakan rakaman video menunjukkan Wei Liang cuba mengundur kereta ketika mangsa mengambil kayu besbol dan memukul kenderaan tertuduh, satu keadaan yang dianggap mampu mencetuskan kemarahan mendadak sehingga hilang kawalan.

Selepas prosiding, Sivananthan yang dibantu peguam Nabila Habib berkata pengurangan hukuman itu bermakna Wei Liang dijangka keluar dari Penjara Kajang pada 2027, dan anak guamnnya berasa lega dengan keputusan tersebut.

Terdahulu, insiden tersebut tular di media sosial memaparkan perselisihan faham sebelum pemandu Toyota Innova melanggar sehingga menyebabkan kematian Syed Muhammad Danial yang ketika itu memandu Perodua Axia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BH Online

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd