Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Lancar Projek Perintis Koc Wanita, Aduan Gangguan Seksual Semakin Berkurangan – MOT

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) telah lancar Projek Perintis Koc Wanita di MRT Laluan Kajang pada hari ini.

Menteri MOT, Anthony Loke berkata inisiatif itu telah dimulakan oleh Keretapi Tanah Melayi Berhad (KTMB) sejak tahun 2010 dan ianya terbukti telah menurunkan kes gangguan terhadap wanita.

“Pihak Prasarana Malaysia Berhad melalui anak syarikatnya Rapid Rail Sdn Bhd telah meneruskan inisiatif ini dengan pengenalan Koc Wanita di MRT Laluan Kajang,” katanya.
Dalam pada itu, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada polis bantuan dan warga kerja Rapid Rail yang melipat gandakan pemeriksaan dalam Koc Wanita.
“Rondaan yang lebih kerap ini turut membuatkan semua penumpang berasa lebih selamat,” ujarnya.

Tambahnya, pihak Prasarana juga sedang berbincang dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi memperkemaskan peraturan dan undang-undang.

Hal ini bagi memudahkan penguatkuasaan terutama terhadap penceroboh Koc Wanita yang berdegil untuk kekal di koc khas itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Berkuat Kuasa Serta-Merta, Kapal Israel Diharamkan Berlabuh Di Malaysia!

Anthony Loke juga berkata sejak pelaksaan Koc Wanita di laluan MRT Kajang, aduan berkenaan gangguan seksual juga semakin berkurangan walaupun jumlah penumpang meningkat.

MOT lancar Projek Perintis Koc Wanita

Sementara itu, beliau juga mengumumkan pihak kerajaan akan memberikan tambang percuma kepada pengguna Orang Kurang Upaya (OKU) yang menggunakan perkhidmatan rel dan bas.

“Bermula pada 1 Februari 2024, pihak kerajaan akan memberikan tambang percuma kepada pengguna OKU yang menggunakan perkhidmatan rel dan bas.
“Ini merupakan penambahbaikan berbanding pas konsensi yang sebelum ini menawarkan diskaun 50 peratus ke atas tambang perjalanan penumpang OKU,” kongsinya.

Malah, RapidKL dan RapidPenang juga telah menyediakan perkhidmatan van khusus untuk penumpang OKU yang dikenali sebagai Rapid Mobility.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Van itu membolehkan penumpang dalam kerusi roda untuk menaiki kenderaan dengan mudah menggunakan lif hidraulik.

“Hanya dengan satu panggilan, van ini akan membawa penumpang OKU dari rumah ke destinasi pada harga berpatutan,” ujarnya.

Turut hadir dalam Majlis Pelancaran Projek Perintis Koc Wanita MRT Laluan Kajang ialah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Noraini Ahmad.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Nasional

Keyakinan industri pertahanan global terhadap keupayaan Malaysia sebagai penganjur pameran bertaraf dunia terus diperkukuh apabila beberapa syarikat antarabangsa mengesahkan penyertaan awal dalam Pameran Antarabangsa...

Sukan

Malaysia dijangka kembali menjadi tuan rumah perlumbaan Formula Satu (F1) apabila Litar Antarabangsa Sepang (SIC) disebut-sebut bakal menganjurkan Grand Prix Bahrain pada Oktober ini...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd