Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Laku Keras! Gara2 Cristiano Ronaldo, Penyokong Berebut Dapatkan Jersi Nombor Tujuh

Semenjak berita bintang bola sepak popular, Cristiano Ronaldo sah berpindah ke kelab Arab Saudi, Al Nassr, nampaknya ramai penyokong sudah ‘berebut-rebut’ untuk mendapatkan jersi Ronaldo bernombor tujuh.

Difahamkan juga, pemain bola sepak terkenal itu sudah menandatangani perjanjian bersama kelab tersebut selama dua tahun setengah.

Apa yang menarik perhatian ramai, Ronaldo akan menerima pendapatan yang luar biasa £173 juta (RM921.6 juta) setahun dan secara tidak langsung menjadikan dia sebagai ahli sukan yang menerima gaji yang paling tertinggi berbanding yang lain.

Susulan itu, ramai penyokong tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan jersi bernombor tujuh seperti mana yang dipakai oleh Ronaldo di kelab Manchester United, Real Madrid dan Juventus sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, bintang bola sepak yang berusia 37 tahun itu tidak lagi sefahaman bersama United selepas mengkritik kelab itu semasa wawancara bersama dengan Piers Morgan.

Sejak daripada itu, dia telah dikaitkan dengan beberapa kelab lain namun, pada akhirnya dia telah membuat keputusan untuk berhijrah ke kelab Arab Saudi, Al Nassr.

Sumber: Harian Metro 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Politik

Kemenangan bintang filem terkenal yang kini bergelar ahli politik, C. Joseph Vijay bersama partinya Tamilaga Vettri Kazhagam dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu disifatkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd