Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Laksana Pelbagai Perubahan, Meta Rancang Buang 5% Pekerja Catat Prestasi Buruk

Gergasi media sosial, Meta rancang untuk buang dan ganti kira-kira lima peratus pekerja yang mencatatkan prestasi buruk pada tahun ini dan berita ini telah disahkan oleh wakil syarikat itu sendiri.

Memetik laporan CNN Business, Meta yang kini menggaji 72,000 orang akan menyaksikan sehingga 3,600 pekerjaan terjejas akibat pembuangan itu, menurut angka dari Bloomberg.

Meta rancang buang 5% pekerja berprestasi rendah

Meta Rancang Buang 5% Pekerja

Menurut pengasas Meta, Mark Zuckerberg, beliau telah memutuskan untuk meningkatkan standard dalam pengurusan prestasi dan mempercepat proses penyingkiran kakitangan berprestasi rendah.

Kenyataan ini diperoleh dari memo dalaman yang dilihat dan dilaporkan oleh media Bloomberg yang kemudian disahkan oleh seorang jurucakap syarikat itu kepada CNN.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kebiasaannya, kami menguruskan pekerja yang tidak mencapai jangkaan sepanjang tempoh setahun. Tetapi kali ini kami akan melakukan pemotongan berdasarkan prestasi secara lebih meluas dalam kitaran ini,” kata Zuckerberg.

Pengumuman ini dibuat ketika syarikat gergasi itu sedang mengalami pergolakan dan perubahan dasar yang pantas, antaranya Meta menggantikan eksekutif polisi tertingginya dengan seorang tokoh republikan.

Pada masa yang sama, syarikat itu juga telah mengumumkan penamatan program semakan fakta dari pihak ketikga di Amerika Syarikat serta perubahan dasar terhadap kandungan berunsur kebencian.

Perubahan ini sekaligus membolehkan beberapa jenis kandungan baharu untuk dimuat naik di platform milik Meta yang sebelum ini diharamkan untuk dikongsi.

Pada hari Meta menamatkan program diversity, equity and inclusion (DEI), Zuckerberg telah muncul di podcast seorang pempengaruh terkenal dan mengakui bahawa sudah lama beliau merancang untuk melaksanakan perubahan ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau turut menyatakan bahawa pemantauan kandungan yang berlebihan dan semakan fakta telah ‘memusnahkan kepercayaan’ terhadap platform tersebut.

Sebelum ini, Meta berkembang dengan cepat semasa pandemik COVID-19 namun mengambil tindakan untuk mengurangkan kira-kira 20,000 pekerjaan.

Pada 2023, Zuckerberg mengisytiharkan ‘tahun kecekapan’ syarikat dan selepas pembuangan, keuntungan Meta meningkat.

Bagaimanapun, kali ini Zuckerberg berkata tumpuannya adalah untuk memastikan syarikat itu mempunyai ‘bakat terbaik’ dan mampu ‘membawa orang baru masuk’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: CNN Business

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd