Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Lagi Kes Tangan Melayang! Guard Ditampar Pemandu Di Pondok Keselamatan

Tular satu rakaman  kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang pengawal keselamatan atau guard ditampar seorang pemandu lelaki yang dipercayai berang di sebuah pondok keselamatan.

Menerusi video berdurasi hampir satu minit itu, sebuah kenderaan berwarna hitam kelihatan gagal melepasi palang automatik dimana pada awalnya, penumpang hadapan seolah-olah sedang bertengkar dengan guard tersebut sebelum masuk semula ke dalam kereta.

Guard ditampar pemandu

Beberapa saat kemudian, pemandu pula keluar dari kenderaan sebelum bertindak menampar guard berkenaan sekali gus menyebabkan lelaki berseragam putih terbabit segera mengambil telefon bimbit miliknya dari pondok keselamatan.

Walau bagaimanapun, rakaman itu tidak disertakan bersama audio sekali gus tidak dapat dipastikan perbualan yang terjadi antara kedua-dua pihak selain hari, waktu serta lokasi kejadian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rakaman CCTV itu dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial, ShamaaKoussa di laman X sehingga dikongsi semula sebanyak 2,200 kali dan mendapat 3,500 tanda suka.

“Bulan puasa ❌ bulan tampar ✅ Kesian abang guard, buat kerja dia je tapi ditampar. Apa masalah mereka ni? kenapa makin menjadi ni?
“Kalau perselisihan(faham) pun, bukan sebab nak tampar orang lain… abang guard tu tak mengancam pun,” tulisnya pada Khamis.

Susulan itu, rata-rata warganet mengecam pelaku yang sanggup melakukan perbuatan demikian selain memuji tindakan profesional guard berkenaan dalam melaksanakan tanggungjawab.

Artikel lain: Polis Kesan Suami Tampar Isteri Menerusi ‘Live’ Media Sosial

Banyak pula kes tampar

guard ditampar

Naikkan gaji dia!

guard ditampar

Namun pada masa sama, terdapat juga warganet menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pelaku yang seolah-olah sengaja mendatangkan kecederaan terhadap mangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Harap pelaku diambil tindakan!

guard ditampar

guard ditampar

Dalam tempoh seminggu ini, media melaporkan beberapa siri kejadian tumbuk dan tampar menerusi video tular di media sosial sehingga mengundang kekecohan dalam kalangan netizen.

Sumber: X ShamaaKoussa

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd