Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Kylian Mbappe Bakal Tinggalkan PSG Pada Julai Ini

Pemain bola sepak terkenal, Kylian Mbappe mendedahkan dia akan tinggalkan Paris Saint-Germain (PSG) sebaik sahaja kontraknya tamat pada Julai ini.

Menurut laporan Mirror, kapten Perancis itu menandatangani kntorak bersama PSG dari Manaco pada tahun 2017 dengan harga 180 juta eiro (AS$194 juta).

Ia menjadikan Mbappe sebagai pemain kedua termahal selepas pemain Brazil Neymar, yang menyertai juara Perancis itu pada tahun yang sama dengan 222 juta euro.

Kylian Mbappe tinggalkan PSG

Artikel lain: Mbappe Tak Mahu Sertai Al-Hilal Walaupun Ditawar RM1.52 Bilion

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Mbappe telah memaklumkan keputusannya kepada PSG tetapi terma pemergiannya masih belum dipersetujui sepenuhnya. Pengumuman rasmi dijangka sebaik keadaan dimuktamadkan dalam beberapa bulan akan datang,” ujar laporan tersebut.

Malah, ada khabar angin mengatakan pemain berusia 24 tahun itu bakal menyertai pasukan Real Madrid, namun sejauh mana kesahihan perkara tersebut masih belum dapat dipastikan.

Bukan itu sahaja, PSG enggan mengulas ketika dihubungi AFP tetapi difahamkan pemergian Mbappe akan diumumkan secara rasmi dalam masa beberapa bulan lagi.

“PSG memberi tumpuan kepada apa yang akan berlaku pada masa depan,” kata sumber itu.

Sekadar info, Mbappe telah menjadi penjaring terbanyak sepanjang menyertai pasukan itu sebanyak 274 gol dan menyertai kelab Real Madrid adalah impiannya sejak kecil.

Sumber: Mirror UK

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd