Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KUSKOP Sasar RM2.5 Juta Hasil Jualan Kempen Mari Beli Lokal Di Platform MyMall

Sebanyak RM2.5 juta hasil jualan usahawan tempatan disasarkan melalui Kempen Mari Beli Lokal Ramadan Raya 2024 yang diadakan bagi tahun kedua.

Menurut Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), ia susulan kejayaan kempen tersebut pada tahun lalu yang meraih nilai jualan sehingga RM2.5 juta.

Kempen Mari Beli Lokal

Datuk Ewon Benedick berkata, kempen itu adalah bertujuan menarik sokongan orang ramai kepada produk tempatan yang dikeluarkan  perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta koperasi di negara ini.

“Melalui  adaptasi jualan dalam talian dengan menggunakan platform MyMall, secara langsung  inisiatif ini membantu proses pendigitalan PMKS dan koperasi di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Setiausaha KUSKOP, Datuk Seri Suriani Ahmad telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa kementerian sekali gus menyempurnakan Pelancaran Kempen Mari Beli Lokal Ramadan Raya 2024 di Bizmilla Grand Hall, Shafbury Putrajaya pada Khamis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seramai hampir 500 usahawan dijangka akan menyertai kempen pada kali ini yang dikuasakan oleh platform digital tanpa caj iaitu MyMall.

Antara produk yang ditawarkan adalah jenama-jenama  terkenal seperti Lima Waktu, Bulan Bintang, Shasya Habib, Primavalet, Bunga, Nur  Aisyah, Ola Oli, V3, SKNN, Qi Rahman dan Agarbomb. 

Artikel lain: AIM Catat Peratus Bayaran Balik Pinjaman Terbaik Pada Kadar 99.91% – KUSKOP

Sementara itu, Ewon telah mengadakan sesi walkabout Program Jualan MADANI Raya (PJMR) KUSKOP 2024, di Dataran Putrajaya pada Khamis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kementerian turut menyasarkan RM1.6 juta nilai jualan sepanjang penganjuran PJMR 2024 dengan menjangkakan seramai 300,000 kehadiran pengunjung sempena Festival Ramadan Putrajaya 2024 bermula 8 Mac hingga 9 April ini.

KUSKOP berkata, PJMR 2024 menyediakan 60 reruai jualan dengan pelbagai tawaran menarik barangan keperluan persiapan Aidilfitri dan keperluan harian pada diskaun sehingga 20 peratus sekali gus membantu meringankan bebanan rakyat.

“Antara pengisian menarik semasa sesi walkabout tersebut ialah  pelancaran sesi happy hour dengan tawaran diskaun harga barangan sehingga 30 peratus dan penyampaian hadiah cabutan bertuah berupa peralatan elektrik dan hamper sumbangan  agensi-agensi di bawah KUSKOP,” ujar KUSKOP.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Politik

Gesaan agar Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden parti semakin mendapat momentum selepas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam...

Nasional

Malaysia terus melangkah ke hadapan dalam pembangunan infrastruktur bawah tanah menerusi penganjuran Trenchless Asia 2025, persidangan dan pameran antarabangsa yang mengetengahkan teknologi tanpa korekan...

Dunia

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad telah mengeluarkan nasihat perjalanan kepada rakyat Malaysia agar menangguhkan semua perjalanan yang tidak penting ke Pakistan, berikutan ketegangan ketenteraan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd