Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KUSKOP Lancar Strategik Tahun 2024, Sasar Tiga Objektif Pacu Ekonomi Usahawan MADANI

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) hari ini melancarkan pelan strategik 2024 merangkumi tiga objektif lima teras strategik, 22 strategi dan 205 program bagi memacu ekonomi keusahawanan sepanjang tahun 2024.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick, berkata pelan itu bertujuan membantu para usahawan dan koperasi meningatkan prestasi perniagaan mereka.

Malah, ia bagi memastikan KUSKOP melahirkan usahawan yang lebih cekal, berdaya maju dan inovatif serta berupaya menampan situasi di luar jangkaan pada masa hadapan.

Perancangan Strategik Tahun 2024 dilancarkan dengan tema “Usahawan MADANI, Memacu Ekonomi” yang bakal memberi manfaat kepada 630,661 individu, termasuk bakal usahawan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tahun 2024 sangat kritikal memandangkan kita mempunyai kurang 2 tahun sahaja untuk mencapai sasaran nasional yang ditetapkan pada tahun 2025.
“Justeru, kita perlu fokus dan lebih responsif dalam usaha membantu para usahawan dan koperasi meningkatkan prestasi perniagaan mereka.
“Inisiatif dan intervensi bersasar diperlukan bagi mendorong pemecutan pertumbuhan perniagaan mereka demi kestabilan sektor keusahawanan, sejajar dengan visi Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) bagi menjadikan Malaysia sebuah negara keusahawanan unggul,”katanya.

Artikel lain: KUSKOP Peruntuk RM134.6 Juta Untuk PMKS Di Bawah SME Corp

Sebanyak tiga objektif utama disasarkan  iaitu menyediakan ekosistem yang kondusif bagi menyokong pemecutan pertumbuhan dan kestabilan sektor keusahawanan negara, mempertingkatkan sakala dan daya saing usahawan dan koperasi serta memperkukuh sistem penyampai perkhidmatan keusahawanan supaya lebih fasilitatif dan efektif.

Bagi memastikan objektif tersebut dapat direalisasikan, KUSKOP  telah merangka lima teras strategik, 22 strategi dan 205 program yang merangkumi aspek penggubalan dasar, tadbir urus dan kawal selia, pembangunan kapasiti, akses pembiayaan, akses pasaran, adaptasi teknologi dan pengukuhan penyampaian perkhidmatan. Pelaksanaan kesemua program dan projek yang dirancang akan memanfaatkan 630,661 individu usahawan dan bakal usahawan.

Tambah Ewon Benedick, KUSKOP mempunyai matlamat yang jelas melalui enam KPI (Petunjuk Prestasi Utama) yang telah ditetapkan bagi tahun 2024.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Di mana kita mensasarkan setiap individu yang dilatih menjadi usahawan dan menyumbang kepada pertumbuhan keusahawanan di Malaysia.
“Fokus strategik akan diberikan dari aspek peningkatan skala perniagaan dan daya saing usahawan dan koperasi bagi mencapai sasaran yang ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan DKN 2030,”katanya lagi.

Pada majlis yang sama, Portal Baharu Pemerkasaan Penarafan Perusahaan Sosial turut dilancarkan dan dijadikan sebagai pusat sehenti bagi rujukan maklumat terkini mengenai perusahaan sosial di Malaysia.

Melaluinya juga boleh memohon tiga penarafan perusahaan sosial sama ada Tunas Perusahaan Sosial, Perusahaan Sosial Asas atau Perusahaan Sosial Diakreditasi.

Dalam pada itu, beliau berterima kasih kerana KUSKOP berjaya melaksanakan 187 program pada tahun 2023 yang memberi manfaat kepada seramai 782,522 usahawan, Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), koperasi, perusahaan sosial, start-up, usahawan informal serta belia dan graduan.

Oleh itu, beliau berharap agar KUSKOP dapat mecapai KPI ditetapkan pada tahun 2024 dalam memacu ekonomi keusahawanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis tidak menolak kemungkinan beberapa lagi laporan polis akan dibuat oleh mangsa lain selepas seorang guru agama dicekup dipercayai meliwat tiga pelajar lelaki di...

Lokal

Ratu cantik Malaysia berjaya menawan Puncak Mera di tengah-tengah Banjaran Himalaya, Nepal sehingga kehilangan jari akibat luka beku. Memetik laporan Bernama, Datin Harveen Kaur...

Dunia

Gergasi farmaseutikal, AstraZeneca mengakui bahawa vaksin Covid-19 yang dibangunkan bersama Universiti Oxford boleh menyebabkan kesan sampingan selepas didakwa menyebabkan kematian dan kecederaan serius dalam...

Lokal

Syarikat pengeluaran kereta, Chery Auto Malaysia mencadangkan temu janji untuk menjalankan pemeriksaan rapi kepada pelanggan khuatir rentetan gandar belakang kereta yang patah baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd