Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kumpulan Pertama 282 Jemaah Haji Selamat Tiba Di Madinah

Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia dilaporkan telah selamat berlepas ke tanah suci sekitar jam 12.05 malam tadi.

Bernama melaporkan, seramai 282 jemaah telah berlepas dari Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menaiki penerbangan Malaysia Airlines MH8050 menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah.

Foto: Bernama

Difahamkan penerbangan kumpulan pertama yang dijangka tiba pada jam 3.50 pagi waktu Arab Saudi itu telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Abdul Rashid Hussain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain mengingatkan agar jemaah sentiasa menjaga kesihatan dan kebersihan diri, Mohd Na’im selaku wakil kerajaan turut mendoakan semoga ibadah haji mereka dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Foto: Bernama

“Saya mewakili pihak kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar perjalanan bakal haji dipermudahkan ALLAH SWT dan dapat melaksanakan ibadat haji dengan sempurna,” katanya pada Rabu malam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TH iaitu Syed Hamadah Syed Othman menyatakan bahawa syarikat penerbangan AMAL by Malaysian Airlines Bhd dan Saudia Airlines telah menyediakan 100 penerbangan sewa khas untuk membawa seramai 31,600 jemaah haji ke tanah suci.

Foto: Bernama

“TH telah membuat perancangan dan persiapan rapi sejak tamatnya operasi haji tahun lepas lagi sebagai usaha memastikan kelancaran urusan jemaah Malaysia ketika menunaikan ibadat haji tahun ini,”ujarnya.

Menerusi kemas kini terbaharu, kesemua jemaah sudah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz pagi tadi.

Sumber: Bernama (1) & (2)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd