Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kumpulan Keempat MALBATT 850-12 Berlepas Ke Lubnan

Kumpulan keempat kontinjen Batalion Malaysia 850-12 (MALBATT 850-12) telah berlepas bagi misi pengaman dan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari telah menyempurnakan Majlis Penghantaran Kumpulan Keempat Kontinjen MALBATT 850-12 di 16 Skuadron, Pangkalan Udara Subang pada Isnin.

Kumpulan tersebut diketuai oleh Timbalan Komander MALBATT 850-12, Leftenan Kolonel Firdaus bin Shah Budin dengan kekuatan seramai 209 anggota, terdiri daripada tujuh pegawai dan 202 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).

“Kontinjen MALBATT 850-12 secara keseluruhannya berkekuatan 854 anggota, terdiri daripada 82 pegawai dan 772 anggota LLP, termasuk 3 pegawai dan 27 anggota…
“…dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) serta seorang Pegawai Kewangan Awam dari Kementerian Pertahanan,” menurut kenyataan Kementerian Pertahanan (MINDEF).

Tambah MINDEF, atur gerak Kontinjen MALBATT 850-12 telah dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan penghantaran kumpulan pertama pada 6 November lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penerimaan kumpulan terakhir kontinjen MALBATT 850-11 pula adalah pada November ini menggunakan pesawat Batik Air.

Pertukaran ini dilakukan kerana tempoh penugasan kontinjen MALBATT 850-11 telah tamat dan memerlukan penggantian kontinjen MALBATT 850-12.

“MALBATT 850-11 telah tamat dan memerlukan penggantian kontinjen MALBATT 850-12.
“Pertukaran ini juga selaras dengan ketetapan Force Commander Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) yang turut melibatkan semua negara yang menyertai UNIFIL dengan mengambilkira semua faktor dan situasi semasa,” ujar MINDEF lagi.

Penglibatan Malaysia menunjukkan sokongan berterusan terhadap misi pengaman PBB melalui MALBATT dalam UNIFIL, sekaligus memperlihatkan kesungguhan negara dalam memainkan peranan aktif untuk mewujudkan kestabilan dan keselamatan di peringkat antarabangsa dengan mengutamakan pendekatan diplomatik serta penyelesaian konflik secara aman.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Lokal

Pendaki wanita yang ditemui selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, memaklumkan bahawa beliau tidak mengalami...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd