Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

KTMB Bakal Lancar Aplikasi Super, Libat Perkhidmatan Pengangkutan Awam Lain

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bakal melancarkan sebuah aplikasi super pada bulan hadapan yang menghimpunkan pelbagai perkhidmatan pengangkutan awam negara dalam satu platform.

Menurut laporan Kosmo! Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Datuk Mohd. Rani Hisham Samsudin berkata, aplikasi tersebut akan mengintegrasikan perkhidmatan daripada beberapa agensi seperti Prasarana, Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Sistem Transit Rapid (RTS) dan Perkhidmatan Rel Ekspres (ERL).

ktm

Foto: Kosmo!

“Aplikasi ini akan dilancarkan bulan hadapan, selain itu kami akan perkenalkan sistem pengumpulan mata ganjaran bagi pelanggan yang menggunakan perkhidmatan KTMB yang kita panggil program kesetiaan pelanggan.
“Pelanggan boleh mengumpul mata dan tebus ganjaran seperti tiket percuma dan barangan KTMB yang mana kita telah bekerjasama dengan beberapa jenama. Kami juga akan berusaha menjalinkan kerjasama dengan syarikat-syarikat pengangkutan lain melalui aplikasi yang lebih mudah,” katanya.

Artikel lain: Jadual KTM Komuter Pelabuhan Klang-KL Sentral Dikurang Dari 60 Minit Ke 30 Minit Pada Waktu Puncak

ktm

Foto: Carian Google

Sempena sambutan ulang tahun ke-140 tahun ini, pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad turut berazam untuk memperkukuhkan mutu perkhidmatan agar setanding dengan jangkaan pengguna masa kini.

“Sebagai syarikat bersejarah yang sudah beroperasi lebih satu abad, kami menyedari pelanggan hari ini lebih peka dan membuat perbandingan dengan perkhidmatan baharu di pasaran. Oleh itu, kami tekankan kepentingan ketepatan masa, digitalisasi sistem, dan penyampaian maklumat yang efisien,” ujarnya.
ktm

Foto: theedgemalaysia

Dalam perkembangan lain, KTMB turut merancang untuk memperluas perkhidmatan kargo ke peringkat antarabangsa, termasuk ke China serta beberapa negara serantau seperti Thailand, Laos dan Kazakhstan.

“Kami telah memulakan pelancaran awal perkhidmatan ini tahun lalu dan kini sedang berusaha untuk memuktamadkan perkhidmatan tetap menjelang hujung tahun. Dengan sokongan Kementerian Pengangkutan, perbincangan bersama negara-negara jiran turut giat dijalankan.
“Apabila kami mempunyai perkhidmatan tetap yang boleh membawa kargo ke China maka KTMB juga boleh bergerak ke arah negara Barat, Eropah dan Eropah Timur akan menjadi mudah,” jelasnya.

Sumber: Kosmo! (Nur Huda Musa)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd