Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kritik Fadhlina Dengan Perkataan Tidak Sopan, JAIPk Ambil Tindakan Terhadap Pegawai

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengecam tindakan seorang pegawainya yang mengkritik Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dengan perkataan tidak sopan.

Foto: TheSun

Menurut laporan Malaysia Gazette, pihak jabatan menegaskan bahawa kritikan tersebut tidak mewakili pendirian rasmi JAIPk.

“Pihak jabatan akan mengambil tindakan yang tegas selaras dengan Peraturan 19(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
“Ianya menjadi pengajaran kepada penjawat awam yang lain dan (untuk) lebih beretika dalam mengendalikan laman sosial.
“Pihak jabatan memohon maaf kepada semua pihak berhubung isu ini dan akan mengambil langkah tegas untuk memastikan perkara sama tidak berulang lagi,” kata JAIPk dalam kenyataan rasminya pada Ahad.

Saya seolah-olah tak diperlukan Bersatu'

Foto: Malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim, mendedahkan tentang kritikan tersebut melalui media sosial.

Kritikan dibuat oleh pegawai awam negeri berhubung isu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak ditangguhkan di negeri-negeri yang menghadapi bencana banjir.

Dalam hantaran berasingan, Hasnul turut berkongsi video permohonan maaf yang dibuat oleh pegawai berkenaan atas kekhilafannya.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengaktifkan Op Payung bagi tujuan menyelamat dan memastikan calon dapat hadir walaupun terjejas akibat banjir.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Calon SPM di seluruh negara menghadapi Ujian Amali Sains bermula Isnin sellau sehingga 12 Disember ini sebelum ujian bertulis pada Januari depan.

Sumber: MalaysiaGazette (Amirrul Rabbani Rashid)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan selamat bertunang dengan kekasih hatinya, Elya Maisara dalam sebuah majlis pada Sabtu di Johor Bahru, Johor. Sedondon tema matcha...

Sosial

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad. Menerusi satu...

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd