Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPWKM, LPPKN Kemas Kini Dasar Keluarga Negara, Mahu Terus Relevan Dan Responsif

KPWKM kemas kini Dasar Keluarga Negara

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) akan mengemas kini Dasar Keluarga Negara (DKN) yang baharu supaya kekal relevan dan responsif terhadap pertumbuhan ekonomi, demografi, dan sosial.

KPWKM kemas kini Dasar Keluarga Negara

KPWKM kemas kini Dasar Keluarga Negara

KPWKM dalam satu kenyataan memberitahu, dasar ini amat penting dalam menyokong kesejahteraan keluarga serta menjayakan aspirasi Malaysia MADANI yang inklusif dan progresif.

“Sebagai kementerian yang bertanggungjawab mengarusperdanakan kesejahteraan keluarga di Malaysia, KPWKM menerusi LPPKN memainkan peranan penting dalam menerajui pelaksanaan DKN dan pelan tindakannya.
“Dasar ini memberikan penekanan kepada pembangunan keluarga yang berdaya tahan, sejahtera dan mampan,” kata KPWKM dalam kenyataan sempena Hari Keluarga Antarabangsa hari ini.

Dalam pada itu, KPWKM memaklumkan satu daripada inisiatif DKN iaitu Indeks Kesejahteraan Keluarga (IKK) terus dilaksanakan sebagai satu daripada Petunjuk Prestasi Keberhasilan (KPI) Nasional dalam perancangan pembangunan negara sejak Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11).

“Pengukuran ini terus dijadikan sasaran pada RMK-12 dan dijangka terus digunakan pada RMK-13 yang akan bermula pada 2026,” jelas kenyataan itu.
KPWKM kemas kini Dasar Keluarga Negara

Foto: Kosmo

Sementara itu, bersempena kepengerusian Malaysia sebagai pengerusi Asean, KPWKM melalui LPPKN juga telah dipilih sebagai ‘focal point’ untuk turut sama dalam projek ‘Collaboration on Understanding the State of Asean Families’.

Kementerian itu juga menjelaskan usaha sama dalam kalangan Anggota ASEAN merupakan usaha secara kolektif dalam mengangkat martabat institusi keluarga sebagai unit asas utama di dalam masyarakat negara ASEAN.

Advertisement. Scroll to continue reading.

KPWKM percaya bahawa keluarga ialah teras kepada pembangunan masyarakat dan merupakan ejen perubahan penting dalam usaha mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Bersempena Hari Keluarga Antarabangsa 2025 ini, KPWKM menyeru rakyat Malaysia untuk terus menghargai dan memperkukuh institusi keluarga sebagai asas kepada kesejahteraan dan kemakmuran negara,” terang KPWKM.

Artikel lain: Selaras Dengan Hasrat KPWKM, Persidangan Kaunseling Sedunia 2025 Perluas Jaringan Profesionalisme

Tema sambutan Hari Keluarga Antarabangsa 2025 ialah ‘Dasar Berorientasikan Keluarga untuk Pembangunan Lestari: Menuju Sidang Kemuncak Dunia Kedua untuk Pembangunan Sosial 2025’, menekankan peranan penting keluarga dalam mencapai pembangunan sosial yang mampan dan memperkukuh kesejahteraan masyarakat global.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika menyertai aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih pada Ahad dipercayai tersasar daripada laluan asal ketika turun...

Lokal

Kegiatan tidak bermoral melibatkan pesta gay dan parti dadah yang dipercayai berlangsung di sebuah hotel mewah sekitar ibu negara terbongkar selepas polis menahan seramai...

Lokal

Lingkaran Cekap Sdn Bhd (LCSB), pengendali sah rangkaian jalan raya Genting Highlands, akan melaksanakan caj jalan raya secara berfasa bermula 28 Mei dan 28...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd