Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPT Tawar Lebih 2,000 Pekerjaan Menerusi Festival Idea Putrajaya

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tawar lebih 2,000 peluang pekerjaan sepanjang berlangsungnya Festival Idea Putrajaya (Putrajaya FOI) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bermula 27 hingga 29 November ini.

Peluang pekerjaan ini akan ditawarkan melalui Karnival Kerjaya MADANI dengan kerjasama MYFutureJobs melibatkan lebih 100 majikan dari pelbagai industri seperti AirAsia, Standard Chartered, Gentari, Bank Simpanan Nasional (BSN), Malaysoa Aviation Group (MAG) dan banyak lagi.

KPT tawar 2,000 pekerjaan menerusi Festival Idea Putrajaya

Festival Idea Putrajaya

Dalam pada itu, karnival ini turut menyediakan perkhidmatan kaunseling kerjaya untuk meningkatkan peluang kejayaan dalam temuduga disamping turut menawarkan temuduga secara terus kepada peserta yang berkelayakan.

Disamping itu, karnival kerjaya ini turut memberi manfaat kepada individu yang mencari pekerjaan serta membuka peluang kepada pelajar tahun akhir pengajian tinggi meneroka peluang selepas bergraduasi sekaligus meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan itu, orang ramai digalakkan untuk menghadiri karnival kerjaya ini dan diingatkan untuk membawa salinan resume yang telah dikemaskini, sijil dan dokumen berkaitan setelah membuat pendaftaran di https://eiscentre.perkeso.gov.my/careerfair/socsocareerfair/daftarjobseeker.php?id=NjM=

Festival Idea Putrajaya

Festival Idea Putrajaya yang julung kalinya diadakan pada tahun 2024 ini merupakan satu inisiatif penting dalam usaha merakyatkan idea dan pendidikan tinggi secara besar-besaran.

Pada masa yang sama, festival ini juga akan mempromosikan Malaysia sebagai pusat wacana intelektual dan inovasi di peringkat serantau dan global.

Selain itu, ia turut mengumpulkan pakar, pemikir, pemimpin, ahli akademik, industri dan masyarakat umum untuk membincangkan dan berkongsi idea-idea serta penyelesaian terhadap cabaran-cabaran semasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Festival Idea Putrajaya

Festival ini juga dipenuhi dengan pelbagai pengisian program termasuk Sidang Idea Malaysia (forum dan sidang selari), pameran inovasi dan idea kreatif, perkhidmatan serta karnival kerjaya.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial terkenal, Alieff Irfan bersama rakan-rakannya dari AI Team dikecam selepas didakwa membuat lawak parodi yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW. Kontroversi...

Dunia

Pemerintah Brunei mengumumkan rombakan Kabinet secara besar-besaran dengan mewujudkan portfolio utama baharu serta melantik dua puteranya sebagai menteri, lapor portal berita Al-Monitor. Rombakan tersebut...

Lokal

Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS) mengecam gelombang kebencian terbaru yang disasarkan terhadap pelarian Rohingya di Malaysia susulan satu petisyen di platform Change.org yang didakwa mengandungi...

Sosial

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuat laporan polis berhubung satu video tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki mendakwa berasal dari Myanmar dan mengakui...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd