Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPT Saran Teliti Semula Ekosistem UPNM, Cadang Tubuh Akademi Mirip Ketenteraan Wespoint AS

Susulan kes buli yang amat serius berulang di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyarankan ekosistem pendidikan universiti itu diteliti semula.

Menurut laporan Berita Harian, Menterinya Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengakui, keunikan UPNM dimana terdapat penuntut bukan saja dalam kalangan orang awam menyambung pengajian di situ, tetapi juga pelatih tentera.

Foto: Carian Google

Beliau menyatakan bahawa UPNM mempunyai sekitar 17 peratus penuntut dalam kalangan pelatih Akademi Latihan Ketenteraan (ALK).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, Zambry berhasrat untuk mengesyorkan dan membangunkan Akademi Ketenteraan Westpoint yang mirip seperti di Amerika Syarikat (AS).

“Di negara itu, anggota tentera boleh melanjutkan pengajian mereka sama seperti di institut pengajian tinggi (IPT), namun ia di bawah pengurusan dan pentadbiran oleh tentera sendiri,” katanya.

Foto: Buletin TV3

Beliau juga menegaskan bahawa telah memaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, supaya dapat mencari pendekatan yang terbaik seperti memperkenalkan sistem pendidikan tentera yang hanya tertumpu kepada akademik tentera itu sendiri.

“Kita mungkin tidak tahu mungkin ada (kes buli) yang berlaku sebelum ini tidak dilaporkan. Saya beritahu kepada Perdana Menteri Anwar supaya kena cari pendekatan terbaik untuk harmoni perkara ini.
“Atau boleh (perkenalkan) sistem siapa nak masuk (sambung pengajian) seperti di Akademi Tentera Westpoint. Mereka (pelatih tentera) boleh tumpu akademik dalam itu.
“Kena tengok balik sistem pendidikan itu sendiri. Boleh buat akademi yang betul-betul di bawah tentera,” ujarnya.

Foto: The Washington Post

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau turut mengalu-alukan sebarang bentuk cadangan dan kerjasama untuk ‘harmonikan’ isu berbangkit mengenai kes buli di UPNM dan mengakui sedar akan isu berbangkit dan ada membawa perkara itu kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Ekoran isu buli yang berlaku, Zambry berkata beliau sudah memanggil semua Naib Canselor beberapa hari lalu, untuk memastikan perbuatan sedemikian dipantau dengan rapat.

Beliau turut memberi peringatan jika kes buli berlaku, tindakan segera perlu diambil terhadap pelaku tanpa kompromi.

Sumber: Berita Harian (Fahmy A Rosli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Di sebalik gemerlap dunia media sosial, setiap penceritaan ada hikmahnya. Begitulah yang dapat dilihat melalui insiden melibatkan Kak Nab, seorang pempengaruh TikTok yang juga...

Sosial

Pempengaruh dan usahawan, Prince Syed meluahkan penghargaan terhadap ibunya yang disifatkan sebagai seorang wanita berjiwa besar, penyabar dan sentiasa membawa aura positif dalam institusi...

Lokal

Polis percaya wanita yang mayatnya ditemui dalam beg dan ditanam dekat sebuah rumah di Kampung Batu 4, Pedas, Rembau, kemungkinan meninggal dunia di Ampang,...

Sosial

Berita pertunangan Chazynash menarik perhatian ramai semalam apabila beliau berkongsi momen penting itu di media sosial. Majlis berlangsung di sebuah restoran, dengan kapsyen penuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd