Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPT Pandang Serius Dakwaan Jual Sijil Akademik, Kesan Beberapa Kes Penipuan

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memandang serius dakwaan berhubung penjualan sijil akademik daripada peringkat sekolah sehingga pengajian tinggi dan tidak akan berkrompomi dengan perkara tersebut.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, kerajaan akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana Institusi Pendidikan Tinggi Awam atau Swasta (IPTA/ IPTS) mahupun individu yang didapati terlibat dengan penjualan sijil akademik.

Foto: KPT

“Mereka yang cuba mengambil jalan mudah untuk mendapatkan sijil akademik dengan cara ini akan merosakkan imej universiti dalam negara.
“Dalam masa yang sama, mana-mana universiti termasuk IPTS supaya tidak membenarkan perbuatan seumpama ini berlaku,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sementara itu, KPT juga menjelaskan terdapat pemantauan dan kawal selia yang dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) melalui pemeriksaan ke atas IPTS selaras dengan Akta Institusi Pendidikan Swasta 1996 (Akta 555) berkaitan pengeluaran sijil palsu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: KPT

“Selain itu, KPT mempunyai Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dilaksanakan untuk memastikan kesahihan sijil akademik bagi tujuan pengesahan oleh orang awam,” ujarnya.

KPT juga memaklumkan sebelum ini terdapat beberapa kes penipuan sijil akademik yang melibatkan sindiket penipuan memperdaya mangsa dengan menggunakan nama IPT terlibat telah berjaya dirungkai melalui aduan awam.

“Laporan polis juga akan dibuat untuk memastikan sindiket penipuan ini boleh dikekang. KPT akan terus komited untuk memastikan sistem pendidikan tinggi tidak tercemar dan menyalahi undang-undang

Foto: Kosmo!

“Dalam pada itu, orang ramai juga boleh menyemak kelayakan dan maklumat berkenaan penerima Ijazah Kehormat dan Ijazah Kedoktoran di portal GREaT KPT melalui pautan: https://dohe.mohe.gov.my/award/,” jelasnya lagi.

KPT turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati dengan helah sindiket penipuan dan penjualan sijil akademik ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Harga runcit petrol RON97 naik lima sen seliter kepada RM4.90 manakala RON95 tanpa subsidi turut meningkat 10 sen kepada RM3.97 bagi tempoh 30 April...

Dunia

Armada awam di bawah Global Sumud Flotilla (GSF) dilaporkan telah dikepung secara haram oleh bot tentera Israel ketika berada di perairan antarabangsa, sekali gus...

Dunia

Turkiye pada Khamis menyifatkan campur tangan Israel terhadap flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza sebagai “tindakan lanun”, sambil menegaskan pihaknya sedang mengambil semua langkah perlu...

Lokal

Persiaran Pantai Sinaran di kawasan pembangunan The Light City, Gelugor kini secara rasmi dinamakan semula sebagai Persiaran Chin Fung Kee, sebagai tanda penghargaan terhadap...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd