Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPN ‘Merakyatkan Perpustakaan’, Semarakkan Budaya Masyarakat Berilmu

Bagi memastikan perpustakaan menjadi sebuah pusat maklumat, Kementerian Perpaduan Negara (KPN) meneruskan agenda bagi menyemarakkan masyarakat di Malaysia kaya dengan ilmu pengetahuan.

Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, KPN akan mengambil pendekatan “Merakyatkan Perpustakaan” sebagai satu modus operadi baharu bagi meningkatkan peranan perpustakaan dalam membentuk masyarakat Malaysia MADANI.

Pihaknya juga akan terus melaksanakan kempen membaca sepanjang tahun bagi menyemarakkan lagi budaya membaca dengan beberapa program.

Antaranya Jom Baca 10 Minit, Karnival Baca Perdana, Bacaan Kegemaran Saya, Hari Buku Sedunia, Kembara Ilmu dan Anugerah Buku.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Perpustakaan merupakan salah satu pusat pertemuan komuniti setempat. Komitmen untuk menyediakan fasiliti perpustakaan seperti Perpustakaan Desa (PD) di seluruh negara dan menjadikannya sebagai pemangkin perpaduan turut menjadi antara agenda Kementerian Perpaduan Negara,”katanya.

KPN

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan perasmian Perpustakaan Desa Kampung Kumbatang, Matunggong, Kudat, Sabah, hari ini.

Aaron berkata, bangunan baharu Perpustakaan Desa Kampung Kumbatang dengan keluasan 1,000 kaki persegi telah menjadikan penduduk di kawasan Kudat mempunyai kemudahan bahan bacaan, komputer dan perkhidmatan Wi-Fi secara percuma mulai Februari 2022.

“Sebagai rekod, perpustakaan desa juga berperanan sebagai pusat maklumat berorientasikan sumber teknologi maklumat terkini yang mampu menjadi pemangkin kepada pengetahuan penduduk,”ujarnya.

Tambah beliau, perpustakaan juga menjadi nadi tulang belakang kepada pembangunan sosio ekonomi penduduk setempat melalui bantuan sokongan seperti latihan eUsahawan.

Maklum beliau, program Klik eUsahawan ini akan dilaksanakan di sepuluh lokasi seluruh negara dengan pihak Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

“KPN juga percaya, usaha naik taraf Perpustakaan Desa Kampung Kumbatang itu dapat memberikan impak positif berterusan kepada masyarakat ke arah meningkatkan kadar literasi maklumat,”kata Aaron.

KPN

Bukan itu sahaja, usaha naik taraf perpustakaan itu berupaya meningkatkan masyarakat cintakan ilmu selaras dengan hasrat kerajaan untuk membudayakan masyarakat dengan ilmu pengetahuan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, KPN juga akan bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan bagi mewujudkan perpustakaan di lapangan terbang (airport library) bermula tahun ini.

Katanya, perpustakaan di Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam juga dijadikan sebagai contoh dan penanda aras bagi meningkatkan aktiviti galakan membaca dalam kalangan masyarakat.

KPN

Seramai 500 pengunjung terdiri daripada wakil-wakil agensi KPN di Sabah, kakitangan kerajaan dan swasta, badan bukan kerajaan (NGO) serta pelajar hadir menyertai pelbagai aktiviti di Perpustakaan Desa Kampung Kumbatang, hari ini.

Antara aktiviti menarik seperti permainan tradisional dan sukan rakyat, aktiviti mengecat semula bangunan Balai Raya Kampung Kumbatang, bengkel eUsahawan, sesi demonstrasi dan pameran serta jualan produk tempatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial, View Chin, Shermine Ah Moi, tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular yang melibatkan anak-anak mereka baru-baru ini. Menerusi...

Sosial

Pempengaruh media sosial, View Chin, meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan tindakan bekas isterinya, Shermine Ah Moi, yang didakwa sengaja menghalangnya daripada bertemu dengan...

Lokal

Dakwaan bahawa Hospital Bukit Mertajam akan dipindahkan untuk mengelak gangguan kuil adalah tidak benar dan berniat jahat, kata Ahli Lembaga Pelawat hospital itu. Ahli...

Dunia

Seorang wanita hamil di Bekasi, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian ramai apabila dikatakan mengidam untuk didukung oleh pegawai polis beruniform. Wanita yang dikenali sebagai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd