Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPM Sentiasa Usaha Satukan Semula Pasangan Guru Jarak Jauh

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa usaha dalam satukan semula pasangan guru jarak jauh bagi menangani masalah isu guru ‘duka lara’.

Menerusi laporan Berita Harian, KPM kini giat mempertimbangkan semua permohonan berdasarkan kepentingan pendidikan sebelum proses pertukaran diluluskan.

KPM usaha satukan semula pasangan guru jarak jauh

Artikel lain: Padah Kibar Bendera Israel, Lelaki Dipenjara Enam Bulan & Denda RM500

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memberitahu pelbagai faktor perlu diambil kira sebelum proses pertukaran dapat dijalankan untuk guru yang alami isu tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan juga, permohonan pertukaran guru berlangsung secara berterusan dengan prosesnya dijalankan empat kali setahun dengan melihat kepada rekod cuti sekolah.

“Saya fikir proses pertukaran guru jarak jauh ini sudah dijalankan dan KPM akan pertimbangkan semua permohonan berdasarkan kriteria ditetapkan.
“Sebenarnya, faktor tertinggi untuk diambil kira bagi proses pertukaran adalah suami isteri yang terpisah secara jauh.
“Justeru, KPM sedang berusaha dan juga mengambil pendekatan bagi menyatukan semula pasangan guru jarak jauh ini,” katanya.

Terdahulu, ramai guru meluahkan rasa kecewa di dalam platform Facebook yang dikenali sebagai ‘e-Gtukar Pertukaran Guru – Oh e-Gtukar!’

Mereka mengadu mengenai masalah peribadi dimana sudah berkali-kali gagal dalam permohonan pertukaran sehingga ada pasangan mempunyai hubungan sulit diceraikan suami.

“Sepanjang tempoh perkahwinan, setiap tahun saya mohon pertukaran. Namun, gagal. Akhirnya kami bercerai,” luah seorang guru dikenali sebagai Din.

Sumber: Berita Harian (Alias Abd Rani)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Usahawan wanita, Farhana Zahra memaklumkan dia telah hadir memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) berhubung video tular memaparkan majlis sambutan...

Lokal

Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian seorang remaja lelaki dalam kemalangan yang...

Sosial

Sebuah kedai scones popular di Cameron Highlands menjadi perhatian ramai selepas tular beberapa tangkap layar di platform Threads yang didakwa melibatkan interaksi akaun media...

Dunia

Polis kini sedang mengesan anak kepada seorang wanita berusia 63 tahun yang ditahan di Nigeria selepas dipercayai cuba menyeludup 31 kilogram (kg) dadah jenis...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd