Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

KPM Jangan Buat U-Turn Isu Tajaan Syarikat Arak – Ahli Parlimen Machang

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu tegas dalam menangani isu penajaan syarikat arak di sekolah vernakular dan tidak membuat sebarang pusingan U (U-turn) hanya demi untuk memenuhi kehendak beberapa pihak yang mempunyai kepentingan tertentu.

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, kerajaan perlu kembali kepada asas kompas moral iaitu kanak-kanak tidak sepatutnya didedahkan dengan jenama arak seawal usia mereka, apatah lagi di dalam sekolah.

Foto: FB Wan Ahmad Fayhsal

“Ini bukan soal kaum atau sekolah jenis kebangsaan, ini soal untuk melindungi generasi masa hadapan kita daripada ancaman bahayanya arak dan kesan negatifnya kepada kehidupan.
“Menormalisasikan kanak-kanak kepada arak pada usia muda amat mendukacitakan dan bukan lah langkah terbaik untuk generasi pelapis kita,” katanya menerusi satu perkongsian hantaran di Facebook pada Rabu.

Beliau juga berkata, perkara tersebut adalah selaras dengan garis panduan KPM yang melarang penglibatan mana-mana syarikat arak dalam program sekolah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: FB Wan Ahmad Fayhsal

“Saya berharap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek akan bertegas mengenai perkara ini dan tidak akan membuat keputusan u-turn hanya semata-mata memenuhi kehendak beberapa pihak yang mempunyai kepentingan tertentu,” ujarnya yang juga Ketua ARMADA BERSATU.

Wan Ahmad Fayhsal turut menyeru penglibatan daripada syarikat korporat lain untuk membantu sekolah vernakular bagi mendapatkan dana tambahan untuk pengoperasian sekolah mereka bagi mengelakkan penglibatan syarikat arak dalam sebarang aktiviti sekolah.

Sumber: Facebook Wan Ahmad Fayhsal

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang bapa menangis apabila mendapat tahu anak lelakinya memperoleh keputusan cemerlang dengan 11A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Anak peroleh keputusan cemerlang Menerusi...

Sosial

Seorang ibu mengundang sebak warga sekolah apabila hadir mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) milik anaknya yang telah meninggal dunia, sekali gus meninggalkan kenangan...

Lokal

“Dua hari saya tak boleh tidur malam, setiap kali pejam mata, kejadian itu bermain dalam ingatan,” luah Megan, 42, saksi utama yang masih trauma...

Lokal

Seorang wanita meluahkan rasa lega selepas lelaki yang didakwa memandu dalam keadaan mabuk dan khayal sehingga menyebabkan kematian suaminya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd