Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPM Bakal Bertemu Lembaga Sekolah & PIBG SMJK, SMC Di Pulau Pinang – Fahmi Fadzil

Kementerian Pendidikan (KPM) akan bertemu dengan Lembaga Sekolah serta Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) daripada 11 Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Menengah Cina (SMC) di Pulau Pinang.

Memetik laporan Berita Harian, pertemuan itu diadakan bagi menyelesaikan bantahan pelaksanaan sekurang-kurangnya satu kelas menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

KPM bakal bertemu Lembaga Sekolah & PIBG SMJK

KPM Bertemu Lembaga Sekolah & PIBG

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata beliau dimaklumkan Menteri KPM, Fadhlina Sidek dan timbalannya Wong Kah Woh bakal menghadiri pertemuan itu bagi meneliti perkara berkenaan.

Katanya, beliau berharap ia dapat diselesaikan dengan baik susulan terdapat beberapa pihak telah membuat persepsi tidak benar berkaitan isu berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya difahamkan isu berbangkit berkait bantahan PIBG (membabitkan 11 sekolah) mengenai dasar dwi bahasa atau DLP program bagi pengajaran Matematik dan Sains.
“Di sini (isu terbabit) bukan bermaksud dihapuskan sepenuhnya bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Yang mereka sampaikan itu hanyalah pandangan dan bantahan mereka supaya DLP diteruskan dalam bahasa Inggeris (seperti sebelum ini).
“Bagaimanapun, saya telah berhubung dengan Menteri Pendidikan dan memaklumkan bahawa beliau bersama timbalannya akan meneliti perkara ini serta akan bertemu dengan PIBG berkenaan seterusnya menyelesaikan dengan baik,” katanya.
KPM Bertemu Lembaga Sekolah & PIBG

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Sembang Santai bersama Ketua Komunikasi Madani Parlimen Nibong Tebal di Sungai Bakap, Pulau Pinang pada Khamis.

Artikel lain: Larangan Miliki Media Sosial, Fahmi Fadzil Seru Ibu Bapa Pantau Anak Bawah 13 Tahun

Menurut Fahmi yang juga merupakan Menteri Komunikasi, beliau tidak mahu mana-mana pihak cuba mempolitikkan isu berkenaan hingga menimbulkan ketidakharmonian kaum.

“Saya tidak mahu mana-mana pihak menangguk di air keruh dan cuba mempolitikkan (isu ini) serta mengambil sikap dan sentuh 3R (raja, agama dan kaum) yang mana ia sebenarnya cuma pandangan yang disampaikan.
“Berdasarkan laporan sentimen yang telah kita lakukan pagi tadi (didapati) ada beberapa pihak yang keluarkan kata-kata rasis, ambil kesempatan dan buat tohmahan tak baik (mengenai isu) ini hingga (menggugat) ketidakharmonian bagi negara pelbagai kaum,” ujarnya.

Baru-baru ini, Lembaga Sekolah serta PIBG daripada 11 SMJK dan SMC di Pulau Pinang membantah pelaksanaan sekurang-kurangnya satu kelas menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Ia berikutan sekolah separuh kerajaan jenis Cina itu mendakwa hampir kesemua ibu bapa di sekolah mereka menentang dasar itu dan enggan memasukkan anak mereka ke dalam kelas itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan itu, mereka menggesa KPM mendengar bantahan, menghormati kehendak ibu bapa dan kembali kepada hasrat asal DLP dalam Sains dan Matematik.

Sumber: Berita Harian (Nur Izzati Mohamad)

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemain sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi menegaskan komitmennya untuk terus bersama kelab Harimau Selatan bagi tempoh yang panjang. Menurut laporan Kosmo!...

Politik

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan telah mengkritik kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai kemungkinan berlakunya Pilihan Raya...

Dunia

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dilaporkan mengumumkan larangan penyertaan kanak-kanak sebagai jemaah semasa musim haji 2025. Dilarang sertai musim haji 2025 Foto: Azernews...

Lokal

Punca seorang lelaki menembak tukang cuci di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam malam tadi mungkin disebabkan tidak puas hati ditegur supaya mengalihkan barang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd