Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPKT Peruntuk RM4.58 Juta Kepada Penduduk Gerik Meliputi 22 Projek

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengumumkan peruntukan sebanyak RM4.58 juta kepada penduduk Gerik dalam lawatan kerja bersempena Program Sentuhan Kasih KPKT ke Gerik.

Menerusi satu kenyataan, Menterinya Nga Kor Ming berkata, peruntukan tersebut meliputi 22 buah projek yang akan dilaksanakan oleh Majlis Daerah Gerik dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

Foto: Astro Awani

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM1.7 juta (7 projek) disalurkan kepada MDG manakala RM2.88 juta (15 projek) disalurkan kepada JPKK di Daerah Lenggong, Daerah Gerik dan Daerah Pengkalan Hulu bagi pelaksanaan projek-projek seperti menyelenggara dan membaik pulih Pasar Awam Gerik,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan Majlis Perasmian Pintu Gerbang Kampung Baru Batu Dua, Daerah Gerik, Perak hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kor Ming berkata, kerja-kerja pembaikan longkang lama berhampiran Gerai Makan MDG Kampung Baru Batu Dua, Gerik antara projek yang akan dilaksanakan dalam peruntukan tersebut.

“Menaik taraf tapak Pasar Malam Gerik, kerja-kerja menaik taraf dua unit kolam takungan di Skim Perumahan Taman Angsana (Fasa 2) dan satu unit kolam takungan di Skim Perumahan Taman Seri Kiara.
“Selain itu, menyelenggara kolam-kolam takungan dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), membina dua unit gerai tidak halal di Medan Selera (Medan Takong dan lain-lain,” ujarnya.

Foto: Bernama

Tambah beliau, peruntukan yang diluluskan oleh KPKT merupakan belanjawan berasaskan prestasi atau “performance-based budget”.

“Ini bagi memastikan perkhidmatan dan fokus KPKT dalam penambahbaikan infrastruktur awam dapat terus dipertingkatkan di Daerah Gerik, Lenggong dan Pengkalan Hulu demi keselesaan dan kesejahteraan penduduk setempat,” tambahnya lagi.

Kor Ming juga memberitahu KPKT melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) akan sentiasa bekerjasama dengan PBT di seluruh negara bagi merealisasikan perancangan pembangunan demi meningkatkan mutu perkhidmatan serta kesejahteraan rakyat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd