Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPKT Jalin Kerjasama Dengan UN-Habitat, Bina Pejabat Berpangkalan Di Malaysia

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melakar kejayaan yang membanggakan apabila berjaya menjalin kerjasama dengan UN-Habitat di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Difahamkan, kerjasama yang berlangsung mewujudkan pembinaan pejabat UN-Habitat yang berpangkalan di Malaysia.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Tuan Nga Kor Ming (YB KM) telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Pejabat UN-Habitat Malaysia pada hari ini di URBANICE Malaysia, Kuala Lumpur yang turut dihadiri wakil sakretariat UN-Habitat.

Dalam ucapan beliau, pejabat UN-Habitat Malaysia akan menjadi pusat tumpuan serantau sekali gus dapat memperluakan akses dari pelbagai segi di rantau ini

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pejabat ini akan menjadi pusat tumpuan serantau (focal point) yang berfungsi sebagai penghubung utama kepada UN-Habitat dan rakan kongsinya.
“Ia akan memperluaskan akses kepada pengetahuan, meningkatkan usaha inovatif dan menyokong inisiatif kemampanan bandar di rantau Asia Pasifik,”katanya.

Difahamkan, pengurusan pejabat berkenaan akan diselia oleh KPKT melalui  Urbanice Malaysia dengan sokongan daripada Sekretariat UN-Habitat.

Sekretariat tersebut pula akan diwakili oleh Multi Country Programme Office di Bangkok, Thailand, dan Regional Office for Asia and the Pacific di Fukuoka, Jepun.

Selain itu, YB KM turut melancarkan Asia-Pacific Urban Agenda Platform (AP-UAP) yang merupakan salah satu usaha kerajaan MADANI.

Ia bertujuan untuk mempercepatkan lagi pelaksanaan Agenda Perbandaran Baharu (NUA) bagi mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di Malaysia dan juga di Rantau Asia Pasifik.

“Platform ini juga akan menjadi hab pelaporan kemajuan pelaksanaan NUA untuk negara-negara anggota di rantau ini. Ia akan bertanggungjawab untuk menyediakan Laporan Kemajuan
Negara dalam Pelaksanaan Agenda Perbandaran Baharu (National Progress Reports on the Implementation of the NUA) yang disediakan setiap empat tahun,”ujarnya.

Secara keseluruhannya, pewujudan Pejabat UN-Habitat Malaysia dan pembangunan platform serantau AP-UAP dapat menjalinkan kerjasama institusi dan perhubungan erat di antara negara anggota serantau dan pihak UN-Habitat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia sekaligus dapat mengenal pasti rakan kongsi yang berpotensi untuk pembangunan bandar mampan di Malaysia dan di luar negara.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Lokal

Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai putus kepala dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di sini pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tampil dengan sisi kemanusiaan yang dekat di hati rakyat. Mereka...

Lokal

Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan membabitkan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap seorang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd