Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPKT Gariskan Empat Fokus Utama Tahun 2024

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah gariskan empat fokus utama untuk dijayakan pada tahun 2024.

Menterinya Nga Kor Ming berkata, KPKT antaranya akan menjadikan kesejahteraan rakyat sebagai fokus utama pada tahun ini.

“Kesejahteraan rakyat bakal dicapai dengan beberapa langkah seperti menyediakan rumah mampu milik yang berdaya huni, selesa dan selamat.
“Kerajaan telah menggariskan agar kementerian menyiapkan 500,000 unit rumah mampu milik dan setakat ini 261,000 telah pun disiapkan,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 KPKT di Putrajaya hari ini.

KPKT juga bakal memperhebatkan pelancaran rumah mampu milik yang bermodel baharu iaitu model baharu Program Perumahan Rakyat (PPR) yang setaraf dengan Standard Housing & Development Board (HDB) Singapore.

“Bandar Pr1ma pertama di negara yang akan dilancarkan pada bulan April ini juga bakal mencapai tanda aras bertaraf antarabangsa,” ujarnya.

Kor Ming berkata, untuk memastikan rancangan yang menyeluruh ini adil dan saksama, KPKT juga bakal memperkukuh kerangka perundangan perumahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Antaranya ialah Akta Pembangunan Semula Bandar, Urban Renewal Act dan pindaan kepada Akta Bangunan Strata dan lain-lain,” jelasnya.

Selain itu, fokus kedua KPKT pula adalah menumpukan kepada infrastruktur yang mampu meningkatkan kebahagian rakyat.

Tahun lalu, KPKT melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah berjaya menyiapkan 5,196 projek dengan peruntukkan sebanyak RM700 juta.

“Bagi tahun ini, JKT menerima peruntukkan sebanyak RM784 juta dengan sasaran projek siap tidak kurang daripada 5,000 projek,” ujarnya.

KPKT gariskan empat fokus utama tahun 2024

Pada masa yang sama, KPKT juga akan memperhebatkan lagi inisiatif tandas Bersih, Menawan dan Wangi (BMW) di seluruh negara.

“Pada tahun ini, kementerian bakal bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan tandas sekolah mencapai tahap ‘BMW’.
“Kerajaan telah membelanjakan RM1.4 bilion kepada 20 ribu sekolah di seluruh Malaysia yang mana setiap sekolah bakal menerima peruntukan sebanyak RM70 ribu,” katanya.

Kor Ming turut menyatakan, KPKT bakal memulakan projek tandas pintar yang mana tandas itu bakal dipasang di kawasan pelancongan tahun ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Fokus KPKT yang seterusnya ialah perancangan bandar yang lestari yang mana ia menjadi tanggungjawab KPKT melaksanakan bandar pintar.

“Pada tahun ini, kita bakal melaksanakan bandar pintar yang mana Jemaah Menteri telah bersetuju untuk menubuhkan National Circular Economy Council (NCEC) dan bakal dipengerusikan oleh KPKT,” ujarnya.

Manakala fokus utama KPKT yang terakhir adalah mewujudkan kerajaan tempatan yang responsif dan disenangi rakyat.

“One Stop Centre (OSC) bagi PBT juga bakal dilaksanakan pada tahun ini dengan minima 30 OSC untuk PBT.
“Selain itu,  JKT juga boleh mengeluarkan memo kepada PBT bagi tujuan melarang penebangan pokok secara bersih jika tidak membahayakan.
“Jika pokok itu membahayakan, maka PBT boleh menebangnya tetapi kalau sebaliknya, PBT hanya dibenarkan untuk memangkas sahaja,” jelasnya.

Kor Ming turut menyatakan bahawa kementeriannya mahu mengekalkan warisan sejarah Malaysia agar tidak dilupakan oleh generasi di masa hadapan.

“Sebagai contoh, hanya nama pada jalan baharu sahaja boleh ditukar tetapi nama bagi jalan lama tidak dibenarkan sama sekali,” katanya.
Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemain sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi menegaskan komitmennya untuk terus bersama kelab Harimau Selatan bagi tempoh yang panjang. Menurut laporan Kosmo!...

Politik

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan telah mengkritik kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai kemungkinan berlakunya Pilihan Raya...

Dunia

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dilaporkan mengumumkan larangan penyertaan kanak-kanak sebagai jemaah semasa musim haji 2025. Dilarang sertai musim haji 2025 Foto: Azernews...

Lokal

Punca seorang lelaki menembak tukang cuci di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam malam tadi mungkin disebabkan tidak puas hati ditegur supaya mengalihkan barang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd