Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPKT Berjaya Tangani Lebih 11,000 Kes TPPS Bagi Tahun 2023

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjaya tangani lebih 11,000 kes Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata (TPPS) bagi tahun lalu.

Menteri KPKT, Nga Kor Ming berkata jumlah tersebut melibatkan jumlah penyelesaian tuntutan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) iaitu 1,331 kes.

Selain itu, jumlah tersebut juga termasuk Tribunal Pengurusan Strata (TPS) iaitu 10,030 kes bagi tahun lalu termasuk kes yang didaftarkan dari tahun sebelumnya.

“Selaras dengan era perkhidmatan Kerajaan Digital pada masa kini, TPPS melangkah ke satu peringkat kehadapan melalui pembangunan sistem e-TPS yang telah dilancarkan pada 12 September 2023.
“Ini kerana sejak TPS mula beroperasi pada tahun 2015, semua pemfailan TPS adalah secara fizikal melalui kaunter atau pos sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media Pencapaian Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata (TPPS) Tahun 2023 di Putrajaya, hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

KPKT berjaya tangani lebih 11,000 kes TPPS

Tambah Kor Ming, sebanyak 1,500 kes telah difailkan oleh orang awam melalui sistem e-TPS sejak dilancarkan pada September sehingga Disember 2023.

“Ia lebih mudah serta menjimatkan masa dan kos kerana pemfailan tuntutan dan pembayaran boleh dilakukan secara dalam talian boleh dilakukan secara dalam talian tanpa perlu hadir ke kaunter TPPS,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan masyarakat awam perlu mengetahui fungsi TPPS sebagai platform untuk mendengar dan mengadili pertikaian berkaitan perumahan dan pengurusan strata.

“Justeru, bermula tahun 2023 TPPS telah mengambil inisiatif mengadakan sesi libat urus (engagement) bersama Pesuruhjaya Bangunan Pihak Berkuasa Tempatan (COB PBT) untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai fungsi TPPS.
“Kempen kesedaran awam ini turut diadakan di kawasan-kawasan perumahan yang baru diserahkan milikan kosong,” katanya lagi.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan seorang penunggang motosikal atau rider berkuasa tinggi dari Indonesia dipercayai enggan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan ketika...

Lokal

Komandan Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Datuk Johnny Lim Eng Seng mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi individu berbangsa Cina pertama yang dinaikkan pangkat ke Leftenan...

Sosial

Pengorbanan seorang bapa dalam sebuah keluarga tidak ternilai jasanya kerana sanggup melakukan apa sahaja demi melihat orang yang disayangi tersenyum gembira. Anak sebak, bapa...

Dunia

Seorang pelancong Brazil terjatuh ke dalam lubang sebuah gunung berapi aktif di Pulau Lambok, Indonesia sebelum kerja menyelamat selama tiga hari dihalang oleh cuaca...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd