Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPKT Berjaya Serah Kumpulan Pertama Simen Rahmah

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama Persatuan Simen dan Konkrit Malaysia (C&CA) telah berjaya serah kumpulan pertama Simen Rahmah.

Penyerahan daripada KPKT dan C&CA berserta pemaju perumahan swasta telah dihantar ke beberapa buah projek pembinaan di Port Dickson, Negeri Sembilan dan Kuala Krai, Kelantan baru-baru ini.

Menteri KPKT, Nga Kor Ming berkata, pelaksanaan inisiatif Simen Rahmah ini selari dengan visi agenda MADANI nasional.

“Inisiatif ini selari dengan visi agenda MADANI nasional iaitu menyumbang kepada penyediaan rumah mampu milik kepada golongan sasar kumpulan B40,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Melalui kerjasama ini, C&CA telah menawarkan KPKT sebanyak 20 juta beg simen kampin standard 50 kilogram dengan harga istimewa bagi simen pukal iaitu RM290.00 tan metrik daripada harga pasaran semasa iaitu RM410 per tan metrik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: JPJ Buka Bidaan Nombor Pendaftaran ‘GOLD’ Khamis Ini

Manakala bagi simen kampit pula ditawarkan dengan RM17.50 sekampit iaitu perbezaan pengurangan sebanyak RM5.00 daripada harga pasaran.

KPKT berjaya serah kumpulan pertama Simen Rahmah

Ianya akan dibekalkan secara beransur-ansur sehingga 30 Jun 2028 dengan perbezaan harga ditanggung sepenuhnya oleh pengeluar simen.

Hasilnya, rakyat akan menikmati pengurangan harga rumah sehingga RM5,000 ke atass pembelian bagi setiap unit rumah, bergantung kepada harga dan jenis rumah.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“C&CA turut mensasarkan agihan 20 juta beg simen dalam usaha membina 24,000 rumah mampu milik dan mengurangkan beban komitmen pinjaman perumahan bulanan rakyat melalui pengurangan harga rumah.
“Sumbangan besar subsidi berjumlah RM120 juta kepada bakal pembeli rumah ini merupakan salah satu usaha kerjaan dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat secara keseluruhan,” kata KPKT.

Pada April tahun lalu, inisiatif Simen Rahmah diumumkan sebagai langkah untuk mengurangkan kos pembangunan hidup rumah mampu milik dalam usaha mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Ia melibatkan harga rumah dalam kategori rumah mampu milik iaitu yang berharga RM300,000 dan ke bawah untuk kumpulan sasaran B40 dan M40.

KPKT menyeru kepada semua pemaju perumahan yang layak untuk menyertai inisiatif Rahmah melalui kelulusan permit iklan dan jualan perumahan melalui Housing Integrated Management System (HIMS) di bawah kementerian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Lokal

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan untuk mengurangkan tempoh pemenjaraan seorang bekas pekerja IT kepada 12 tahun berhubung insiden samseng jalan raya yang meragut nyawa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd