Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kos Taja Fan Bingbing Sebagai Duta Pelancongan Melaka Cecah Hampir RM500,000

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya, Abdul Razak Abdul Rahman memaklumkan kos tajaan melantik bintang antarabangsa Fan Bingbing sebagai duta setiakawan pelancongan Melaka sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) mencecah sehingga RM498,347.

Menurut satu laporan Free Malaysia Today, Abdul Razak berkata, kos tersebut ditanggung oleh beberapa syarikat swasta lain dan kerajaan negeri hanya membelanjakan RM77,850 atau 16 peratus sahaja daripada jumlah keseluruhan.

Foto: Facebook Abdul Razak Abdul Rahman

“Kos RM77,850 itu hanya merangkumi kos promosi dan penganjuran program di Melaka, manakala RM420,497 pula ditaja oleh beberapa syarikat swasta yang merangkumi penerbangan, penginapan, pengangkutan, kos perkhidmatan profesional dan pemetaan projektor di Encore Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Mohd Aleef Yusof (PN-Sungai Udang) yang ingin tahu kos dikeluarkan kerajaan negeri yang melantik Fan Bingbing sebagai duta setiakawan pelancongan semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Facebook Fan Bingbing

Beliau juga melaporkan pulangan yang diterima kerajaan negeri akan dibentangkan selepas kempen TMM2024 berakhir pada 31 Disember ini sekali gus menjawab soalan tambahan daripada Aleef mengenai pulangan tersebut.

“Tentang pulangan, satu daripada pulangan yang kita nampak secara tak langsung ialah dari segi carian menerusi media sosialnya, Fan Bingbing ada 26 juta pengikut.
“Hampir 1.2 bilion carian mengenai Fan Bingbing sepanjang tiga hari beliau berada di Melaka dan carian untuk Melaka sahaja mencecah 445 juta. Ini satu pulangan yang tinggi kepada kerajaan negeri dengan kos yang rendah.

Foto: Facebook Fan Bingbing

“Selain itu, Melaka akan menerima enam penerbangan antarabangsa sehari dari China yang akan berkunjung ke negeri ini pada September dan Oktober depan,” ujarnya.

Untung makluman, Fan Bing Bing mempunyai 63 juta pengikut di Weibo dan 4.1 juta pengikut Instagram selain pernah membintangi filem adiwira Hollywood seperti ‘X-Men: Days of Future Past’ selain filem Perancis dan Korea, malah pernah menghiasi kulit majalah Time dan disenaraikan sebagai antara 100 Orang Paling Berpengaruh pada 2017.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Free Malaysia Today 

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

“Arwah adalah anak harapan keluarga untuk menjadi seorang guru kerana menjadi satu-satunya anak yang menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan..” Itu luahan daripada abang kepada...

Nasional

Syarikat bas Kenari Utara mendedahkan keadaan bas yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding awal pagi tadi sehingga mengorbakan 15 penumpang...

Sosial

Nahas kemalangan melibatkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengakibatkan satu kehilangan besar setelah salah seorang daripada 15 mangsa yang terkorban merupakan hafizah...

Lokal

Ibu kepada salah seorang mangsa yang terlibat dalam kemalangan maut membabitkan sebuah bas dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd