Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kos Sara Hidup Antara Punca Utama Penceraian Di Selangor

Sidang DUN Selangor dimaklumkan bahawa kos sara hidup tinggi menjadi antara punca utama perceraian bagi orang Islam di negeri itu.

Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata peningkatan pendapatan yang tidak selari dengan kenaikan kos sara hidup boleh mendatangkan pelbagai implikasi buruk kepada psikologi dan sosial pasangan sekali gus menyumbang kepada berlakunya penceraian.

Kos sara hidup punca utama penceraian

Artikel lain: Tiada Persefahaman, Curang Antara Punca Penceraian Di Malaysia – LPPKN

“Apabila pendapatan isi rumah tidak dapat menampung perbelanjaan maka mereka perlu keluar mencari pekerjaan sambilan atau tambahan bagi menampung keperluan perbelanjaan yang tidak mencukupi.
“Disebabkan kesibukan bekerja masa berkualiti bersama anak-anak berkurangan terutama bagi mereka yang telah pun berumah tangga dan akhirnya akan memberi kesan kepada institusi kekeluargaan dengan berlakunya perceraian,” katanya ketika menjawab soalan Mu’izzuddeen Mahyuddin (PN-Hulu Bernam) berhubung faktor-faktor Selangor mencatatkan jumlah penceraian tertinggi berbanding negeri lain pada 2023.

Selain itu, di berkata pembangunan pesat dan migrasi penduduk dari luar ke Selangor turut menyumbang kepada peningkatan kadar perceraian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mohammad Fahmi berkata penduduk luar yang bernikah di luar Selangor dan kemudian bekerja serta bermastautin pastinya mendaftarkan penceraian di Selangor kerana masalah berkaitan institusi kekeluargaan seperti perceraian perlu didaftar serta diselesai berdasarkan bidang kuasa Mahkamah Syariah di tempat mastautin pihak yang memohon.

Dia berkata Jabatan Kehakiman Syariah Selangor turut mencadangkan agar satu kajian yang menyeluruh dilakukan oleh pakar penyelidik dari mana-mana institusi atau agensi untuk mengenal pasti punca sebenar kes perceraian di negeri itu.

Kajian itu, katanya boleh digunakan oleh kerajaan negeri atau agensi berkaitan dalam membuat dasar atau program bagi mengurangkan kadar perceraian di Selangor.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Lokal

Rapid Bus sedang menjalankan siasatan berhubung insiden yang membabitkan sebuah bas perantara Aliran Transit Massa (MRT) dengan sekumpulan penunggang basikal yang tular di media...

Sosial

Pendakwah dan usahawan, Mohd Firdaus Mat Akhir, 37, membuat permohonan maaf selepas aksinya di sebuah majlis ilmu dikecam netizen kerana dilihat berlebihan dan tidak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd